Siapa sangka, kejayaan channel masakan di Youtube yang diusahakan pasangan suami isteri Sugu Pavithra bukan sahaja mencuri perhatian rakyat seluruh negara tetapi turut mendapat perhatian daripada perdana menteri kita sendiri.

Dalam satu muatnaik di laman di media sosial oleh agensi berita Bernama, mereka berkongsikan satu hantaran yang menunjukkan hadiah berserta kad ucapan daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin buat pasangan itu.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Posted by Bernama TV on Friday, 15 May 2020

Posted by Bernama TV on Friday, 15 May 2020

Pasangan suami isteri itu sebelum ini berjaya menambat hati masyarakat berbilang kaum di negara kita dengan video masakan dan perkongsian resipi yang dibuat di channel YouTube mereka.

Walaupun hanya menggunakan kamera telefon pintar dan tidak menggunakan peralatan profesional seperti kebanyakan Youtuber lain, namun mereka masih berjaya memikat hati para penonton dengan kepetahan berbahasa Melayu dan perkongsian masakan tradisional masyarakat India.

snip

Bukan saja menjadi fenomena buat rakyat tempatan, namun resipinya sebelum ini turut mencuri apabila ia dijadikan panduan oleh pasangan vlogger dari Jepun yang menghasilkan kari menggunakan perkongsian yang telah dimuat naik Sugu di channelnya.

Dengan jumlah tontonan yang tinggi dan jumlah subsriber yang kini mencecah ratusan ribu pengguna, Sugu telah berjaya memperoleh bayaran daripada Google dan kisahnya itu terus menerus mendapat liputan dari pihak media.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai Sugu Pavihtra sebelum ini di pautan di bawah. 

Hanya Rakam Menggunakan Telefon, ‘Channel’ YouTube Masakan Wanita Ini Kini Dibayar Google

Resipi Sugu Di YouTube Jadi Panduan Pasangan Jepun Ini Hasilkan Kari Ayam

Diminta Tutup ‘Channel’ Dan Berhenti Kongsi Resipi, Netizen Dakwa Sugu Pavithra Dibuli Di YouTube

Anda Mungkin Suka