Nama ‘Sugu Pavithra’ mungkin tidak lagi perlu diperkenalkan terutama buat mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan pasangan yang mengendalikan saluran memasak di YouTube ini.

Namun jika anda masih belum mengenali individu di sebalik saluran ini dan ‘kegilaan’ masyarakat kita sewaktu siri perintah kawalan pergerakan sebelum ini, mereka adalah pasangan suami isteri M. Sugu dan juga S. Pavithra yang berkongsikan resipi makanan mereka di platform YouTube.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

img

Mula mencipta akaun YouTube mereka pada Januari tahun ini, populariti pasangan ini mula meningkat naik selepas bermulanya perintah kawalan pergerakan di mana video-video resipi masakan mereka mula menjadi turutan masyarakat kita ketika itu.

Kini, selepas hampir setengah tahun dan hampir seratus video kemudian, pasangan ini pada semalam akhirnya menerima anugerah ‘Silver Play Button’ daripada pihak YouTube atas pencapaian mereka mendapatkan lebih daripada 100,000 pelanggan atau subscribers di saluran mereka.

feat1
Pavithra bersama keluarganya ketika membuka kotak anugerah tersebut

Walaupun mereka kini sudah mengumpulkan lebih 700,000 subscribers namun pasangan itu baru sahaja menerima anugerah tersebut seperti yang dikongsikan mereka dalam video terbaru mereka yang dimuat naik semalam.

Menuju 1 juta subscribers

Dalam video bertajuk ‘Unboxing Silver Play Button’ itu, mereka dilihat mengadakan sambutan kecil-kecilan tapi penuh meriah lengkap bersama jamuan dan juga kek bagi menyambut anugerah tersebut.

Untuk rekod, jika mereka berjaya mencapai 1 juta subscribers mereka sekali lagi bakal menerima anugerah iaitu ‘Gold Play Button’ daripada YouTube dan jika melihat kepada bilangan subscribers yang dimiliki mereka sekarang ini, ianya tampak tidak mustahil buat pasangan suami isteri itu.

Anda boleh menonton perkongsian penuh daripada mereka membuka kotak anugerah Silver Play Button ini di pautan di bawah.

https://youtu.be/4rT9pF1oIr8

Mereka sebelum ini juga berkesempatan untuk bertemu sendiri dengan perdana menteri selepas beberapa kali nama mereka disebut dalam sidang media ketika PKP sebelum ini. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Pertama Kali Berjumpa Perdana Menteri, Pavithra Gugup Bila Ditanya ‘Tak Masak Ke?’

Tampil Seperti Model Dan Nafi Beli Rumah Baru, Ini Perkembangan Terbaru ‘Sugu Pavithra’

Hanya Rakam Menggunakan Telefon, ‘Channel’ YouTube Masakan Wanita Ini Kini Dibayar Google