Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sehingga minggu depan, ianya bukan masa yang baik untuk melawat Jepun kerana negara berkenaan sedang berdepan cuaca panas yang melampau.

Hingga semalam, hampir 30 orang meninggal dunia dan 10,000 menerima rawatan disebabkan cuaca panas ini. Bahagian tengah Jepun mencatatkan suhu melebihi 40ºC sementara bandar terkenal seperti Kyoto mencatatkan suhu 38ºC selama tujuh hari berturut-turut.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Agensi Kaji Cuaca Jepun menunjukkan banyak kawasan ‘tompok merah’, yang besar kemungkinan mengalami suhu amat tinggi selama 10 hari bermula hari ini.

4 hari lalu seorang lelaki di Jepun berkongsi video ini di mana disebabkan suhu yang sangat panas di Jepun sekarang ini, anda boleh masak telur goreng di luar.

Video ini sudah mendapat perkongsian 11,000 di laman Facebook dan sekiranya anda akan ke Jepun dalam masa terdekat, dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dan minum banyak air. Jika anda merancang untuk ke Jepun, mungkin perlu tunda masanya dan pergi ketika cuaca kembali kurang panas.