Sebagai pemilik kereta, air antara perkara yang penting untuk dijaga bagi memastikan kereta dapat bergerak dengan baik dan mengelakkan suhu enjin meningkat naik sehingga boleh menyebabkan ‘kereta mati’ kepanasan.

Baru-baru ini ada satu video TikTok mencuri tumpuan warganet apabila ada seorang lelaki memasukkan dua biji telur ke dalam tangki radiator yang bocor di bahagian bawahnya.

Menurut pemilik kereta BMW itu, dia ada mengisi air sebelum memulakan perjalanan pulang dari kampung. Bagaimanapun semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, dia menyedari temperature kereta naik dengan mendadak.

Apabila dia memberhentikan keretanya untuk melihatnya, dia mendapati penutup tangki keretanya telah hilang akibat dia terlupa menutupnya. Wanita itu mendakwa dia telah mengisi semula air ke dalam tangki, namun semakin banyak air yang masuk, semakin banyak juga air yang keluar.

https://www.tiktok.com/@anahrafrun_/video/7140507743839997210?_r=1&_t=8VdjBDwOoRl&is_from_webapp=v1&item_id=7140507743839997210

Sumber Gambar: TikTok @anahrafrun_
Sumber Gambar: TikTok @anahrafrun_

Tambahnya lagi, datang seorang lelaki membantunya menyelesaikan masalah tersebut. Lelaki itu memasukkan dua biji telur ke dalam tangki radiator kereta BMW itu dan kemudian mengisi semula air sehingga mencukupi.

Menurut wanita itu, pertolongan lelaki itu telah membolehkannya selamat sampai rumah dengan selamat. Dia mendakwa sudah dua hari ‘telur’ itu berada di dalam tangki dan keretanya masih boleh bergerak dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu ‘menampal’ kerosakan menggunakan telur telah mengundang rasa kurang senang orang ramai. Rata-rata ramai yang mempertikaikannya, risau akan mengakibat kerosakan lebih teruk kepada kereta BMW itu.

Sumber Gambar: TikTok @anahrafrun_
Sumber Gambar: TikTok @anahrafrun_
Sumber Gambar: TikTok @anahrafrun_

Walaupun dipertikai ramai, wanita itu meminta orang ramai mendoakan yang terbaik dan tidak menggalakkan orang ramai meniru aksi tersebut.

Ada satu blog DIY berkongsi cara yang sama ‘menampal tangki bocor’ mengguna telur. Menurut penulis blog itu, cara ini boleh digunakan hanya untuk buat sementara waktu sahaja sebelum kereta dihantar ke bengkel bagi membaiki kebocoran tangki itu sepenuhnya.

Menerusi beberapa komen lain dikongsikan pada video itu, mereka mengakui pernah menggunakan cara yang sama semasa keadaan sangat terdesak. Apabila kereta selamat sampai di bengkel, mereka terus menukar radiator baharu bagi menggantikan yang lama telah rosak itu.

Sumber Gambar: TikTok @anahrafrun_
Sumber Gambar: TikTok @anahrafrun_
Sumber Gambar: TikTok @anahrafrun_
Sumber Gambar: TikTok @anahrafrun_

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.