Nampaknya ada filem yang terkesan dengan review yang bercampur untuk filem ‘Batman v Superman’. Walaupun filem berkenaan sudah mendapat kutipan USD166 juta pada minggu pertama ia ditayangkan (kutipan di Amerika sahaja), tetapi ianya tidak berjaya meyakinkan Warner Bros.

Filem ‘Suicide Squad’ terpaksa menjalani reshoot atau rakaman semula untuk beberapa babak dalam filem itu supaya filem itu menjadi lebih fun dan tidak terlalu serious. Filem Batman v Superman yang kekurangan elemen humor sedikit sebanyak menjejaskan review berkenaan filem itu.

Jadi, sebab kita tahu filem Suicide Squad ini ada Joker dan Harley Quiinn, Sepatutnya filem ini perlu ada unsur humor yang lebih. Berdasarkan trailer yang dikeluarkan untuk filem ini pada awal tahun, dikatakan semua adegan yang lucu sudah dipertontonkan dalam trailer itu. Jadi boleh kata movie ini nanti akan serious dan tidak bernadikan humor. Bila ada Joker dan Harley, dalam kepala saya sudah menjangkakan filem ini nanti sepatutnya fun dan interesting.

Reshoot ini bakal menambah kos pembikinan filem Suicide Squad ini. Mana tidaknya, pelakon untuk filem ini nanti hebat-hebat belaka antaranya Will Smith, Jared Leto, Joel Kinnaman dan Cara Delevigne dan reshooting ini pasti mengganggu jadual mereka yang sedia ada.

Harap-harap dengan pengambaran semula Suicide Squad ini nanti filem Suicide Squad akan lebih enjoyable to watch oleh semua. Kalau anda tidak tahu tentang filem Suicide Squad ini, secara ringkasnya mereka adalah pasukan yang terdiri daripada villain (penjahat) dalam siri-siri komik DC Comics (musuh Batman dan The Flash antaranya) yang terpaksa bergabung untuk mengurangkan masa mereka di penjara. Jadi boleh tonton dulu trailer filem ini sementara mereka merakam kembali filem ini. Enjoy!

Sumber