Filem paling ditunggu-tunggu tahun ini telah pun berada di pawagam. It’s the Suicide Squad! Dengan hype dan promosi yang hebat dibuat untuk filem ini, adakah filem ini mampu survive dengan high expectation oleh para peminat? Jawapannya adalah ya dan tidak.

Saya tidak akan review penuh filem ini. Cuma saya akan sentuh berkenaan plot filem ini sahaja. Filem ini berkait rapat sebenarnya dengan filem Batman V Superman sebelum ini. Selepas kematian Superman, pihak kerajaan ingin menubuhkan sebuah pasukan yang akan bertindak jika berlaku sebarang ancaman dari luar. Amanda Weller, adalah wanita yang bertanggungjawab menubuhkan Task Force X atau The Suicide Squad. Amanda adalah watak paling psiko dan powerful dalam filem ini sebenarnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Amanda

Filem ini bermula dengan penceritaan setiap watak Suicide Squad dan pengarah filem ini, David Ayer berjaya mengupas setiap watak Suicide Squad dengan baik. 1/3 filem ini dikhaskan untuk bercerita dan develop watak dalam Suicide Squad yang bagi saya baik untuk memberitahu penonton tentang latar belakang setiap watak. Iyalah, tidak semua penonton tahu asal usul setiap watak-watak dalam Suicide Squad ini.

Inilah masanya untuk kita melihat superhero dari sisi mata penjahat. Batman akan muncul dalam filem ini dan dari sini kita akan nampak kepentingan watak Batman dalam filem-filem DC yang akan datang. Ben Affleck memang sesuai dengan watak Batman. Seorang lagi watak superhero akan muncul. Saya tidak mahu beritahu siapa beliau tetapi beliau memang sangat laju. LOL.

flash

Boleh dikatakan filem ini diselamatkan oleh dua watak ini; Deadshot dan Harley Quinn. Jika selepas ini DC Comic berhajat untuk membuat satu filem spinoff Suicide Squad, Deadshot layak untuk mendapat filem beliau yang tersendiri. Will Smith berjaya melakonkan watak Deadshot dengan sangat awesome.

Begitu juga Harley Quinn yang gila-gila dan sangat unpredictable. Watak Harley mewarnai filem ini dikala filem ini tiba-tiba suram. Beliau sebenarnya adalah doktor kepada Joker ketika Joker berada dalam Arkham Asylum dahulu. Harley percaya beliau boleh mengubah Joker menjadi baik tetapi sebaliknya yang berlaku apabila beliau mula jatuh cinta pada Joker dan terus bertukar identiti dari seorang doktor kepada Harley Quinn.

SUICIDE SQUAD

Satu yang menyeronokkan berkenaan filem ini adalah pemilihan lagu untuk filem ini. Filem ini dibom dengan lagu-lagu awesome dari The White Stripes, Queen, Black Sabbath, Kanye West, Eminem dan ramai lagi. Bagi yang familiar dengan lagu-lagu pop ini, ianya akan menambahkan lagi keseronokkan untuk menonton filem ini. Lawak-lawak yang ada dalam filem ini juga baik dan senang faham. Captain Boomerang rasanya yang paling tak kuat antara mereka semua tetapi sebab beliau fun dan lucu, beliau layak berada dalam Suicide Squad. Haha.

Kekurangan filem ini boleh dilihat dari beberapa aspek. Anda boleh lompat dua perenggan jika tidak mahu baca tentang kekurangan filem ini. Kepincangan pembahagian watak dapat dilihat apabila Suicide Squad memulakan misi pertama mereka bersama. Ada watak yang langsung tidak diberi peluang untuk beraksi; Slipknot adalah watak tersebut. Watak-watak lain selain Harley Quinn dan Deadshot hanyalah sekadar tempelan. Diablo hanya menjadi penting ketika pertarungan terakhir.

Filem ini juga seperti kekurangan ‘perencah’ dalam plot filemnya. Disebabkan mereka berdepan proses reshoot untuk beberapa adegan, filem ini tampak rushing dan kadangkala nampak lost. Mungkin disebabkan mereka terlalu mengejar tarikh tayangan, pihak DC umpama tidak sempat polish up plot filem ini.

Suicide-Squad-together

Agak kecewa kerana watak Joker yang dilakonkan oleh Jared Leto tidak memberi impak besar dalam filem ini. Joker diberi masa yang sangat singkat untuk beraksi dan boleh dikatakan Joker hanya sekadar di pinggiran dalam filem ini. Benar beliau tetap psiko, tetapi masih terlalu awal untuk membuat perbandingan dengan Joker lakonan Heath Ledger yang setakat ini merupakan Joker terbaik dalam franchise siri DC Comic.

joker

Tidak tahu mengapa DC mahu sangat menjadikan Suicide Squad ini seperti Guardian Of The Galaxy (GOTG) dari Marvel. Persamaan paling ketara adalah pemilihan lagu untuk Suicide Squad ini yang penuh lagu pop culture; similiar konsep dengan GOTG. Yang DC terlupa adalah Marvel tidak menyangka Guardian Of The Galaxy akan berjaya. Marvel sendiri tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk Guardian Of The Galaxy setanding dengan karya-karya mereka yang lain seperti Thor, Captain America dan Avengers. Filem GOTG berjaya kerana tiada pressure untuk filem itu box office di pawagam. Tidak bagi Suicide Squad di mana ianya sangat dinanti-nantikan oleh pengkritik filem.

Awesome Mix Vol.1 - Guardian Of The Galaxy
Awesome Mix Vol.1 – Guardian Of The Galaxy

Overall untuk filem ini, akan ada orang kata filem ini tidak menarik dan ada yang akan kata filem ini sangat awesome. Semuanya bergantung kepada bagaimana anda enjoy melihat filem ini. Apapun silalah ke panggung wayang dan nilaikan sendiri. Rating saya untuk filem ini adalah 8/10 kerana Harley dan Deadshot. Owh, jangan keluar dari panggung wayang selepas kredit. Ada clue penting berkenaan siri Justice League yang akan datang. Owh my!

P/S : Selepas tonton filem ini, terdetik dalam hati untuk lihat filem ini dengan idea asalnya. Filem Suicide Squad ini ada antara babaknya yang perlu dirakam semula kerana terkena tempias review negatif filem Batman v Superman yang dikatakan terlalu dark. Terus mereka tambah banyak adegan lucu. Harap-harap DC keluarkan versi Director’s Cut untuk Suicide Squad ini nanti.

suicide last