Apa-apa yang mempunyai kaitan dengan Marvel Cinematic Universe (MCU) kini mempunyai nilainya yang tersendiri. Baru-baru ini, pihak Marvel telah mengumumkan baju perisai yang dipakai Robert Downey Jr dalam filem pertama Iron Man telah hilang dalam simpanan stor mereka disyaki dicuri.

Baju zirah ini yang disimpan di Movie Prop Storage Pacoima Los Angeles disyaki telah dicuri sekitar bulan Februari hingga 25 April. Ianya hanya ditemui hilang ketika mereka membuat pemeriksaan untuk barangan di stor berkenaan.

Baju zirah berkenaan dianggarkan bernilai USD325,000 (RM1.28 juta+-) dan tiada rancangan pihak produksi Marvel untuk menjual baju zirah ini kepada oang awam. Disebabkan baju zirah ini adalah permulaan untuk karya MCU yang lain, ianya mempunyai nilai yang besar kepada para collector terutamanya.

Justeru itu, kemungkinan besar baju ini sedang dijual di pasaran gelap atau pun disimpan di satu lokasi peminat setia Marvel. Buat masa ini, pihak polis Los Angeles masih menyiasat tentang kes ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤