Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nampaknya gambar pertama untuk suits terbaru Power Rangers telah keluar dan ianya tidak sama langsung dengan yang asal. Kesemua Rangers akan memakai baju perisai besi, bukan suits lycra yang dipakai oleh Rangers sebelum ini.

Bila mereka pakai baju besi ini, nampak seperti Iron Man tetapi dengan 5 warna berbeza. Ini semua adalah idea daripada production manager filem ini, Andrew Menzies yang sebelum ini kepakarannya digunakan untuk filem G.I. Joe : Retaliation.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

“Baju costume ini bukan dibuat oleh manusia dan ianya dari teknologi alien. Anda tidak boleh menyenangkan hati semua pihak tetapi kami cuba buat yang terbaik untuk penonton dewasa dan menarik peminat baru,” kata Andrew. Baju terbaru Power Rangers ini mirip baju Snake Eyes dalam filem G.I Joe.

5235591faf263

Betul orang kata. Kalau karya dari Asia jatuh ke tangan orang putih, habis dibuat semula tanpa tinggal langsung feel originalnya. Harap-harap Megazord untuk filem nanti hebat untuk menampung kekecewaan pada suits para Rangers ini. Tak ada yang boleh lawan suits Power Rangers yang original. Tetapi bila tengok balik, hanya suits besi Black Ranger yang nampak cool gila.

PR

Baca : Power Rangers The Movie Akan Ditayangkan Tahun Hadapan

  • SUMBER
  • EW

Anda Mungkin Suka