Nota Editor: Abang Long, penulis kepada buku Aku, Dia & Rezeki, kini banyak berada di hospital oleh kerana anaknya yang demam panas sejak Sabtu lalu.

Ketika beliau berada di sana, beliau melalui satu pengalaman yang berbeza. Semoga kita mencontohi Abang Long dalam soal berbuat kebaikan, tanpa mengira status dan darjat penerimanya. Dan semoga kebaikan terus tersebar ke seluruh alam sebanyak-banyaknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terima kasih kepada Abang Long kerana sudi berkongsi penulisan ini di Vocket.

Sujud Seorang Mak Nyah

sejadah
Gambar hiasan. (Poetic Islam)

Saya pandang wajahnya. Dia tersenyum, dan saya membalas senyumannya yang manis.

Saya pandang sekali lagi. Dia masih pandang ke arah saya.

Kali ini, barulah saya nampak. Rupanya dia menggamit tangan ke arah saya.

Perlahan saya menuju ke katilnya.

"Bang, maaf ya, saya nak minta tolong sikit boleh?" suaranya memang persis seorang gadis.

Saya hanya mengangguk.

Rupa-rupanya, beliau hendak menukar pakaian. Dan merasa agak terganggu dengan jelingan pesakit dan orang ramai.

Beliau ialah seorang Mak Nyah.

Bagi saya. Mak Nyah juga adalah manusia yang ada maruah. Siapa kita untuk memandang hina kejadian mereka ?

Kain langsir ditarik bagi menutupi kawasan sekeliling katil.

Tidak sampai beberapa minit. Pesakit itu memanggil saya kembali.

Kali ini kelihatan dia telah menukar baju dan memakai kain yang disediakan oleh pihak hospital.

"Bang, maaf sekali lagi. Boleh tak abang temankan saya ke bilik air?"

"Boleh," dengan bersahaja saya menjawab ringkas.

"Saya takut kalau abang rasa malu dengan saya…," pesakit itu seperti malu-malu meneruskan niatnya.

"Jangan fikir tentang itu, jom pergi sekarang. Kalau awak terkencing terberak disini… awak lagi malu."

Tiba-tiba dia ketawa tanpa dapat ditahan.

Orang ramai memerhati telatah kami.

Bila saya pegang tangannya. Terasa benar dia sedang demam. Tubuhnya agak panas.

Timbul rasa kasihan.

Usai menguruskan hajatnya. Dia keluar dari bilik air dengan wajah yang agak lega.

Sebaik tiba di katilnya. Dia terus merebahkan diri dengan segala kelegaan.

Tiba-tiba, dia pegang tangan saya dengan erat dan terus diciumnya. "Terima kasih ya bang," air matanya mengalir.

Saya hanya menepuk bahunya.

"Tak ada siapa yang nak datang tengok saya. Keluarga saya dah buang saya," luahnya dalam sendu.

Saya tergamam tetapi mampu menahan diri dari menunjukkan sebarang reaksi.

"Tetapi, saudara kena ingat satu perkara. Allah tidak pernah buang hambaNya. Ini pasti. Sakit juga adalah tanda kasihNya. Kalau saudara nak solat, saya boleh bantu."

Pesakit itu memandang wajah saya dengan seribu pengharapan.

Jam 5 petang. Dia menggamit ke arah anak saya.

"Abah, orang tu panggil."

Saya terus ke katilnya semula.

"Bang, saya nak sembahyang, tapi drip air ni?"

Saya hanya tersenyum.

"Islam tu mudah…"

Dan saya uruskan hajatnya untuk sujud kepada Allah.

BACA: Bila Bukan Islam Bentangkan Sejadah Untuk Heliza Helmi Solat. Kami Turut Tersentuh

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber