Baru-baru ini, skandal TikToker dan juga usahawan View Chin menjadi bualan ramai selepas isterinya, Shermine mendedahkan perbuatan View Chin mempunyai hubungan sulit dengan stafnya.

Susulan isu hangat tersebut, pengguna Twitter @hanimrosee ‘spill the tea’ tentang bekas majikannya iaitu View Chin dalam satu thread di Twitter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam ciapan tersebut, dia mengatakan dirinya tidak pernah menyesal dengan peletakan jawatannya kerana bekas majikannya itu disifatkan sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab terhadap kebajikan pekerja.

Menerusi ciapan tersebut, dia yang bekerja sebagai pereka fesyen di syarikat terbabit didakwa tidak menerima gaji setimpal dan seringkali tidak menerima gaji on time.

Bukan itu sahaja, jika mengambil cuti sakit, seolah-olah membuat satu kesalahan dan gaji ditolak jika cuti sakit disebabkan COVID-19.

Tidak hanya itu, dia juga mendakwa bekas majikannya itu sering mengajaknya keluar dan suka bercerita tentang cinta. Malah, View Chin juga sering ‘bersembang lucah’ dengan pekerja dan akan merajuk jika ajakkan untuk keluar bersama ditolak.

Tambahnya, dia dan beberapa pekerja lain pernah memberitahu Shermine agar berhati-hati dengan Mira iaitu wanita yang dikatakan memiliki skandal bersama View Chin. Akan tetapi, Shermine ketika itu tidak mempercayai mereka dan berfikiran positif.