Gadis berjubah hitam. Persis wanita Arab. Siapa yang tidak terpesona? Apatah lagi fesyen berabaya kini trend di kalangan anak muda.

Butik on-line menjual busana muslimah, tumbuh kalah cendawan selepas hujan. Kalau tidak percaya, cuba tanya dengan tuan Google. Masa itu baru mahu angguk-angguk.

Sudah cuba google?

Sudah tengok harga sehelai-sehelai jubah?

Tambah-tambah kalau fesyen terkini dari Dubai. Kalau kadarnya tidak melebihi RM300, tidak usah beranganlah mahu bergaya-gaya dengannya. “Kami bukan marah tau.”

“Ala, janganlah merajuk, ini kami sertakan tutorial paling mudah mahu ada abaya paling ‘hot’.”

Cuma nasihat kami, kena bersabar sedikit sebab ‘mak cik’ itu memang suka membebel. Opah pesan – “kena sabar kalau mahu pandai.”

Macam mana, boleh sabar tak? Hihi.

Selamat bereksperimentasi. Yang penting boleh bergaya dengan hasil seni sendiri. Dan walaupun tiada basic jahit, kami yakin kalian mampu hasilkan yang terbaik.

Cuba dahulu, kami sangat yakin anda boleh!

Like page The Vocket di Facebook