Kehadiran media sosial jelas membuatkan orang ramai bebas berkongsi apa sahaja tidak kira berita baik mahupun sebaliknya.

Pada kali ini, tular di Twitter selepas seorang wanita berkongsi ‘kegembiraan’ beliau menerusi video di TikTok  yang suka mencuci baju suaminya selaku anggota polis kerana terdapat banyak ‘harta’ dalam poket baju.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/mofasad_/status/1454081853007138818?s=21

Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat poket suaminya mempunyai duit antara RM5 sehingga RM100. Beliau juga turut memaklumkan duit berada yang poket suami beliau secara automatik menjadi menjadi milik beliau.

Di sebalik kegembiraan yang dikongsikan, para netizen nampaknya seakan hairan dan curiga dengan wang yang banyak terselit dalam poket. Berikut merupakan respon netizen terhadap perkongsian wanita ini.

Berdasarkan tinjauan di akaun TikTok wanita ini, beliau dilihat sudah membuang video berkenaan namun belum dipastikan tujuan sebenar beliau berbuat demikian. Terdapat juga beberapa netizen daripada Twitter yang turut komen pada akaun beliau dalam bertanyakan berkenaan duit daripada poket baju suami beliau.

Tular di media sosial pada minggu ini apabila minah saleh tanpa pelitup muka ini sekali lagi membuat kecoh di BSC selepas video beliau di Dior tular.

Selepas Butik Dior, Minah Saleh Tanpa Pelitup Muka Ini Buat Hal Pula Di BSC

Dakwa Berat Sebelah, Sepupu Sajat Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Harith Iskander