Negara tuan rumah telah menjadi tumpuan umum pada Sukan SEA kali ini selepas beberapa insiden berlaku, antaranya bendera terbalik, bilik atlet bocor, hingga perarakan pingat yang berlangsung tanpa lampu. Kini, negara ini kembali hangat diperkatakan selepas disyaki melakukan perbuatan menipu dalam sukan badminton.

Drama terbaharu ini nampaknya berlaku dalam acara badminton. Melalui ciapan netizen Indonesia, tular dakwaan bahawa atlet badminton Kemboja, Chourng Meng sebenarnya adalah bintang badminton wanita China, Zhou Meng. Dia dipercayai menyertai Sukan SEA 2023 dengan menggunakan nama samaran untuk mewakili Kemboja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Zhou Meng, yang sudah mula dikenali oleh peminat sukan badminto didakwa menukar identitinya kepada Chourng Meng ketika menyertai Sukan SEA 2023 untuk Kemboja. Dakwaan ini semakin kuat ketika Kemboja meraikan kemenangannya ke atas Myanmar pada pusingan akhir Badminton SEA Games 2023 berpasukan campuran di Dewan Badminton Morodok Techo, pada Rabu lalu.

Pada perlawanan tersebut, Chourng Meng didakwa tampil dalam dua pertandingan iaitu beregu wanita, di mana dia bergandingan dengan Chheng Huy dan beregu campuran yang digandingkan dengan Sok Rikreay. Dalam perlawanan akhir beregu campuran, Chourng Meng dan Sok Rikreay berjaya menang perlawanan tersebut dan membantu Kemboja memenangi pingat emas.

Bagaimanapun, semasa sambutan kemenangan, dilaporkan bahawa pegawai pasukan Kemboja telah menghampiri Chourng Meng dan membawanya keluar dari padang sambil menutup mukanya. Video kejadian itu tular di media sosial dan seterusnya mencetuskan spekulasi mengenai identiti sebenar Chourng Meng.

Apa yang menjadi tanda tanya lagi apabila Kemboja bukan antara negara yang kuat dalam sukan badminton. Bagaimanapun, Chourng Meng yang didakwa dari Kemboja itu berjaya menunjukkan permainan yang baik dan dominan dalam beberapa perlawanan antaranya perseorangan wanita dan beregu wanita.

Prestasi baik itu diteruskan lagi pada perlawanan akhir Pasukan Campuran menentang Myanmar, baik dalam beregu wanita mahupun beregu campuran. Sehingga ia akhirnya membuatkan ramai peminat sukan badminton di Malaysia, mahupun Indonesia tertanya-tanya siapakah identiti sebenar Chourng Meng.