Pada Jun lalu satu kajian dibuat oleh pakar keselamatan jalan raya mendakwa jumlah kenderaan di Malaysia ketika ini sudah mencecah puluhan juta unit yang terdiri daripada pelbagai varian model seperti hatchback, sedan, MPV dan SUV.

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok @handynandy yang berasal dari Indonesia meluahkan rasa kagum apabila model kereta sedan mudah kelihatan di mana-mana sekitar kawasan Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam video berkenaan, Handyna Prafiska merakam kereta-kereta sedan yang ada di beberapa lokasi berbeza seperti di Jalan Sultan, Platinum Walk Setapak, ruang parkir bawah tanah, Jalan Rejang, Jalan Bukit Bintang dan ruang parkir terbuka di Jalan Kia Peng.

@handynandy

di Malaysia masih bertebaran mobil Sedan 😊 krn di Indonesia sekarang cukup jarang ya mobil Sedan, jadi pas kesini langsung kerasa.. wah mobil Sedan banyak banget disini 😁 . #IndonesianInMalaysia

♬ S.I.M.P (Squirrels In My Pants) [From ‘Phineas And Ferb’] – Geek Music

Menurut netizen, kebanyakkan orang Indonesia menggunakan kereta jenis MPV oleh kerana ia digunakan sebagai ‘kereta keluarga’ untuk memudahkan semua ahli keluarga daripada setiap rumah pergi ke suatu destinasi bersama-sama.

Tambah orang ramai lagi yang pernah ke negara itu, kereta yang menjadi kebiasaan digunakan oleh rakyat tempatan Indonesia adalah jenis Toyota Fortuner, Innova dan Lexus.

Sumber Gambar: TikTok @handynandy
Sumber Gambar: TikTok @handynandy
Sumber Gambar: TikTok @handynandy
Sumber Gambar: TikTok @handynandy
Sumber Gambar: TikTok @handynandy

Orang ramai turut memberikan ‘penjelasan’ kepada Handyna bahawa budaya pemilikan kereta di Malaysia agak berbeza dengan Indonesia. Di sini kebanyakan satu rumah yang mempunyai keluarga, jumlah kereta boleh melebihi daripada dua buah kerana setiap seorang ahli keluarga akan memiliki kereta masing-masing.

Ditambah pula dengan harga kereta sedan lebih ‘mampu milik’ berbanding model MPV atau SUV, oleh sebab itulah model kereta berkenaan lebih banyak dan mudah kelihatan di sekitar jalan raya Malaysia.

Netizen turut menyatakan setiap lokasi setempat mempunyai keperluan kenderaan yang berbeza-beza seperti mana penduduk Sabah dan Sarawak lebih banyak menggunakan kereta 4×4 berbanding model sedan seperti di semenanjung.

Sebelum ini ada wanita warga Amerika berasa kagum apabila melihat pusat beli-belah semewah Pavilion beroperasi di Malaysia. Anda boleh baca sebab keterujaannya di pautan ini.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.