Malaysia U23 yang mara ke peringkat suku akhir kejohanan AFC U23 Championship 2018 akan bertemu Korea Selatan pada 20 Januari 2018 di Kunshan Stadium.

Korea Selatan yang menang 3-2 keatas Australia dalam perlawanan terakhir kumpulan D, mengutip 7 mata dari 3 perlawanan, menjuarai kumpulan seterusnya layak ke suku akhir.

Naib juara kumpulan D, Vietnam akan bertemu juara kumpulan C, Iraq, dalam satu lagi perlawanan suku akhir yang dijadualkan pada 19 Januari 2018 di Changshu Stadium.

8 Pasukan Yang Layak Ke Peringkat Suku Akhir

QF

Selepas tamat semua perlawanan dari 4 kumpulan, berikut adalah 8 pasukan terbaik yang berjaya mara ke peringkat suku akhir dalam kejohanan AFC U23 Championship 2018.

  • Qatar – Juara Kumpulan A
  • Uzbekistan – Naib Juara Kumpulan A
  • Jepun – Juara Kumpulan B
  • Palestin – Naib Juara Kumpulan B
  • Iraq – Juara Kumpulan C
  • Malaysia – Naib Juara Kumpulan C
  • Korea Selatan – Juara Kumpulan D
  • Vietnam – Naib Juara Kumpulan D

Malaysia dan Vietnam merupakan 2 pasukan dari ASEAN yang mara ke peringkat suku akhir dari 3 wakil ASEAN, selepas Thailand terkeluar dari kejohanan.