Umum tahu Sultan Johor selaku merupakan seorang pemimpin yang kaya-raya. Hobi beliau dalam mengumpul kereta mewah dan sukan sudah dimulakannya sejak daripada dahulu lagi.

Pada kali ini, bersempena dengan pelancaran Toyota Supra generasi terbaru pada minggu ini di Malaysia, Sultan Johor berjaya menjadi yang pertama memiliki model legasi daripada Toyota ini.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

#Repost @mugello7• • • • • •Thank you His Majesty The Sultan of Johor #A90 From @MutiaraMotors #mugello7

Posted by Mutiara Motors on Friday, 20 September 2019

Difahamkan UMW Toyota Malaysia cuma membawa satu varian buat model ini iaitu varian GTS dengan penyertaan enjin 3.0 liter enam-silinder dengan turbo yang menjana 500 Nm tork. Model ini mampu memecut 0-100 km/j dalam jangka masa 4.3 saat sahaja manakala had kelajuan maksima dihadkan dengan kelajuan 250 km/j.

Dari segi harga, Toyota Gr Supra A90 mula ditawarkan di Malaysia dengan harga atas jalan tanpa insuran bermula RM568,000. Para pelanggan masih perlu membayar premium RM5,000 untuk warna-warna terpilih serta tambahan RM12,000 untuk kemasan karbon pada bahagian kabin.

Tahniah diucapkan buat Sultan Johor atas kejayaan untuk menjadi yang terawal memiliki model hangat daripada Toyota ini. Pastinya model ini bakal digandingkan bersama koleksi kereta baginda sebelum-sebelum ini.

Kami kongsikan kepada anda beberapa artikel tempatan berkaitan automotif. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Perodua Axia 2019 Dilancarkan Dengan Rekaan Seakan ‘SUV’

JPJ Perak Bakal Melelong Kenderaan Serendah RM50 Pada 25 September Ini

Lelaki Berusia 21 Tahun Ini Berjaya Mengubahsuai Kereta Myvi Dengan Konsep ‘Tesla’

Anda Mungkin Suka