DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan keluarga DiRaja Johor sememangnya diketahui ramai sebagai collector pelbagai jenis kenderaan sama ada buatan dari negara sendiri mahupun negara luar.

Pada hari semalam Baginda Tuanku terima mengadap Perdana Menteri Malaysia dalam membincangkan perkembangan isu-isu semasa negara dalam usaha berterusan kerajaan untuk membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19 melalui pelbagai inisiatif.

Sepanjang perjumpaan tersebut berlangsung selama satu jam, pasukan Istana Johor merakam detik-detik bermakna kerana ini merupakan kunjungan rasmi pertama Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-9.

Lebih mencuri perhatian lagi apabila DYMM Sultan Ibrahim memandu sendiri crossover SUV kompak elektrik model Hyundai IONIQ 5 yang menerima tempahan sebanyak 23,760 unit pada hari pertama model tersebut didedahkan kepada dunia pada bulan Mac lalu.

Model SUV elektrik ini antara yang tercanggih pada masa ini kerana ia boleh bergerak sejauh 460km dengan satu pengecasan penuh, mampu bergerak pada jarak 100km dengan 5 minit pengecasan dan sistem ultra fast charging yang mengagumkan di mana bateri boleh penuh dari 10%-80% dalam masa 18 minit sahaja.

Sudah menjadi satu kebiasaan buat DYMM Sultan Ibrahim untuk menjemput serta menghantar tetamu dari jauh dengan menaiki kenderaan-kenderaan miliknya seperti mantan Perdana Menteri terdahulu Tun Dr Mahathir menaiki Proton Saga yang dipandu sendiri oleh Baginda Tuanku untuk pulang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Pada kali ini pula YAB Datuk Seri Ismail Sabri pula dijemput ke Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru dengan menaiki salah sebuah daripada beberapa koleksi SUV mewah lagi bergaya model Rolls-Royce Cullinan yang berharga sekitar RM1.8 juta.

Selain membincangkan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat serta beberapa isu-isu lain, Perdana Menteri dan rombongan turut diraikan dalam majlis santapan tengah hari bersama Baginda Tuanku Sultan.

Sebelum ini DYMM Sultan Johor telah mencuri perhatian ramai dengan menghadiri ke majlis perasmian dengan menaiki Genesis G90L. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Mewah Dan ‘Rare’, Sultan Johor Jadikan Genesis G90L Sebagai Kenderaan Rasmi Baharu

Sultan Johor Kurniakan 10 Myvi Buat Jururawat Wad Diraja HSA Sebagai Tanda Penghargaan

Gambar Kereta ‘Rare’ Raih Perhatian TPJ, Ini Model Ford GT Terawal Sampai Di Malaysia

Sumber