Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar menguatkan lagi kedudukan baginda sebagai pemegang saham kedua individu terbesar 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd apabila baginda kini memegang 9.22% pegangan saham syarikat tersebut.

Melalui Bursa Saham, baginda telah membuat penambahan 2.44 juta saham sekitar 28 ke 30 Ogos yang lalu. Selepas pengambil alihan terbaru ini, baginda kini mempunyai pegangan di 7-Eleven sebanyak 102.40 juta saham.

sultan johor
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar

Sekitar awal bulan Ogos lalu baginda sudahpun meningkatkan pegangan dalam 7-Eleven tetapi meningkatkannya lagi akhir bulan lalu. Pemegang saham utama 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Vincent Tan membuat kenyataan bahawa beliau sangat gembira kerana Sultan Ibrahim menambah pegangan saham dalam syarikat berkenaan sekaligus menjadikan baginda salah seorang pemegang saham individu terbesar dalam 7-Eleven.

Setakat bulan Disember 2016, 7-Eleven kini mempunyai 2,122 cawangan di seluruh Malaysia. Sultan Ibrahim terkenal sebagai seorang pelabur yang bijak dengan memilih syarikat dan perniagaan yang mempunyai asas yang kukuh serta potensi pertumbuhan yang baik. Selain itu, baginda turut mempunyai pegangan saham dalam syarikat telco U Mobile sebanyak 15%.