Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Sultan Muhammad V hari ini telah membuat pengumuman secara rasmi mengenai perletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15. Pengumuman tersebut telah dikeluarkan melalui sebuah warkah kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Warkah tersebut diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam warkah tersebut, baginda berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan atas kerjasama mentadbir negara. Baginda turut menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan Tentera di Raja Malaysia atas kesetiaan yang diberikan kepada baginda.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Sumber: MenaFN

Dipetik dari warkah yang disampaikan, Baginda turut menyampaikan sepanjang menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, Baginda telah berusaha untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku ketua negara, berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan di kalangan rakyat.

Baginda Sultan telah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Disember 2016 menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dari Kedah.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.