Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuiddin Shah baru-baru telah dilantik sebagai Penaung Pusat Pengajian Asia Tenggara di Universiti Oxford. Menurut pihak Oxford, pusat tersebut akan menjadi sebahagian daripada Oxford School of Global and Area Studies.

Untuk pengetahuan, pusat yang baru sahaja dibangunkan itu dijangka dapat membantu mewujudkan peluang penyelidikan dan pengajaran. Pusat ini akan terbahagi kepada beberapa jabatan iaitu Geografi dan Alam Sekitar, Antropologi dan Etnografi Muzium, Politik dan Hubungan Antarabangsa, Pengajian Pembangunan dan Sejarah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

sultan-nazrin-tw

Baginda turut bertitah dengan adanya pusat ini universiti nombor 1 dunia tersebut mampu untuk memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan global menerusi penyelidikan dan pembelajaran Pengajian Asia Tenggara. Tambah baginda langkah ini sekaligus memberi manfaat kepada penduduk di negara-negara ASEAN.

Sebelum ini baginda turut dilantik sebagai Canselor Universiti Malaya selain memegang jawatan sebagai Duta Khas Malaysia di Dialog Antara Ketamadunan dan Kepercayaan di Kesatuan Ketamadunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu dan Pengerusi Bersama Panel Tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Pembiayaan Kemanusiaan.