Remaja berusia 14 tahun, Muhammad Nor Faizal bekerja sambilan menjual burger di Kota Damansara sewaktu cuti sekolah telah menjadi mangsa kecurian. Telefon pintar, wang tunai, dan barang-barang jualan telah dicuri ketika dia meninggalkan gerainya untuk ke tandas.

Lantaran itu, YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee telah meluangkan masa melawat Faizal. Difahamkan, pihak IPD Petaling Jaya telah menyumbangkan telefon pintar kepada Faizal untuk memberi semangat agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam kehidupan.

"One Good Deed A Day.."PETALING JAYA, 29 Disember 2020 (Selasa) – YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee…

Posted by Polis Daerah Petaling Jaya on Tuesday, December 29, 2020

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terharu akan keprihatinan yang ditunjukkan YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya. Malah, para netizen juga kagum walaupun ACP Nik Ezanee sibuk dengan kerja tetapi masih meluangkan masa untuk masyarakat.

Tidak hanya itu, sikap yang ditonjolkan ACP Nik Ezanee ini cukup disenangi para netizen dan sikapnya wajar dijadikan teladan untuk warga Polis DiRaja Malaysia dalam menghulurkan bantuan.

komen

komen2

komen3

Apakah pula pendapat anda akan perkara ini? Mungkin anda boleh kongsikan sebarang pengalaman anda bersama pegawai polis jika ada.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan pihak polis pada pautan di bawah ini.

Hubungi Jurubahasa Isyarat Bantu OKU Buat ‘Report’, Tindakan Polis Ini Dipuji Netizen

Cuak Ditahan Ketika Sekatan Jalan Raya, Gadis Ini Kongsi ‘Plot Twist’ Dibantu Polis

Gambar Rondaan Polis Berkuda Di Kawasan Perumahan Ini Curi Perhatian Netizen

Anda Mungkin Suka