Ditulis Oleh:
Eazaq Farommi
Jurutera Mekanikal
December 17, 2016 4:27 AM

Percaya tak kalau saya cakap di Kuala Lumpur Selangor ini ada loji oil and gas? Percaya atau tidak, ianya memang wujud. Klang Valley Distribution Terminal atau lebih dikenali sebagai KVDT yang terletak di KM 18 Jalan Dengkil Puchong.

Kalau tak silap saya jika anda menggunakan highway SKVE anda akan nampak loji kecil di tepi highway. Kelihatan tangki-tangki yang menyimpan produk petrol dan diesel sebelum diagihkan ke stesen-stesen minyak.

Produk petrol dan diesel yang disimpan di sini akan diagihkan ke stesen-stesen minyak petrol yang terletak di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Selatan Perak.

Produk petrol dan diesel di sini adalah daripada loji penapisan Melaka dan Port Dickson. KVDT ini dikawal urus operasi oleh PS Pipeline Sdn Bhd. Jenama yang dikeluarkan di sini adalah Petron, Petronas dan Shell.

Tahukah anda bahawa produk petrol dan diesel disalurkan melalui “pipeline” yang sama ke KVDT? Mesti kita tertanya-tanya, habis tu kalau dah berpunca dari pipeline yang sama apa yang membezakan ketiga-tiga minyak ini?

Kita tahu jenama Shell terkenal dengan Fuel Save, Petronas dengan Primax, Petron dengan Blaze. Semua dari sumber minyak asas yang sama. Pelik kan?

Jawapannya, ketiga-tiga syarikat pengeluar minyak ini mempunyai resepi rahsia masing-masing atau dipanggil oil additive yang akan dicampurkan ke dalam minyak yang diambil dari KVDT.

Oil additives ialah komponen kimia yang membantu mempertingkatkan fuel performance minyak asas. Setiap syarikat minyak menggunakan formulasi masing-masing dan memilih additives berdasarkan fungsi tertentu ke dalam minyak asas.

Terpulang kepada anda mahu pilih minyak yang mana satu. Yang pastinya penyelidikan dan pembangunan minyak Petronas, Shell dan Petron adalah berbeza dalam menghasilkan additive masing-masing. Mereka menghasilkan minyak yang mempunyai kelas-kelas tersendiri.

Semoga bermanfaat.

Artikel di atas disumbangkan oleh Eazaq Farommi. Jurutera Mekanikal. Boleh ikuti beliau di sini.