Pengasas (founder) dan pengasas bersama (co-founder) Google, Larry Page dan Sergey Brin mahu menumpukan lebih banyak masa membangunkan syarikat teknologi yang baru. Ia akan dinamakan sebagai Alphabet Inc. dan bakal menjadi syarikat induk kepada Google. Ini bermakna Google memerlukan CEO baru yang memahami produk dan servis Google dan dapat memandu hala tuju masa depan Google sebagaimana Page dan Brin.

Pada Isnin yang lalu, Sundar Pichai, 43 seorang eksekutif yang telah bekerja selama 11 tahun dengan Google Inc. sejak 2004 telah diumumkan sebagai CEO Google yang seterusnya. Sundar Pichai merupakan protege CEO Larry Page yang digilap sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan memberikannya lebih banyak tanggungjawab.

Menurut Page, pemilihan Pichai sebagai CEO Google adalah satu pilihan semulajadi. Ini kerana Pichai mempunyai buah fikiran yang sama dengan Page. Malah katanya lagi, kadang-kala lebih baik daripadanya. Pichai lebih menonjol sejak Oktober tahun lalu apabila dia perlu bertanggungjawab dengan produk dan kejuruteraan untuk perniagaan internet. Ini membuatkan Page dan Brin gembira dan teruja dengan peningkatan prestasi dan dedikasi Pichai terhadap syarikat.

“Sundar has been saying the things I would have said (and sometimes better!) for quite some time now, and I’ve been tremendously enjoying our work together. He has really stepped up since October of last year, when he took on product and engineering responsibility for our Internet businesses. Sergey and I have been super excited about his progress and dedication to the company. And it is clear to us and our board that it is time for Sundar to be CEO of Google.”

Pichai yang pernah menjadi eksekutif Android dan Chrome ini turut berada di dalam senarai popular Twitter dan lain-lain yang mahu mencari pemimpin baru untuk syarikat mereka. Maka, langkah perlantikan Pichai menjadi CEO Google ini adalah satu langkah bijak bagi memastikan Pichai, satu bakat besar di dalam teknologi terus bersama Google. Page turut menyatakan rasa keberuntungannya dia mempunyai seseorang yang berbakat seperti Pichai untuk mengendalikan Google di masa hadapan kerana dia tahu Pichai sentiasa fokus terhadap inovasi. Ini akan membuatkan Google sentiasa berusaha mencipta produk baru yang lebih baik dari semasa ke semasa.

“I feel very fortunate to have someone as talented as he is to run the slightly slimmed down Google and this frees up time for me to continue to scale our aspirations. I have been spending quite a bit of time with Sundar, helping him and the company in any way I can, and I will of course continue to do that.”

11 Perkara Tentang Sundar Pichai Sebelum Menjadi CEO Google Yang Baru:

1. Sundar Pichai lahir di Chennai, India pada tahun 1972. Keluarganya mengamalkan tradisi keluarga Tamil.

2. Seorang pelajar sekolah menengah yang baik semasa bersekolah di PSBB Nungambakkam, sebuah sekolah berprestij di kawasannya. Dia juga kapten pasukan kriket yang menjadi juara di dalam pertandingan akhir Tamil Nadu.

3. Seorang pelajar cemerlang sehingga dianugerahkan medal Perak oleh IIT Kharagpur semasa mengambil bidang Sarjana Muda Metallurgy. Dia meminati subjek elektronik dan banyak subjek itu diambil sebagai elektif.

4. Tesis sarjana mudanya melibatkan penanaman molekul unsur-unsur lain ke dalam wafer silikon untuk mengubah sifat-sifatnya.

5. Seorang pelajar Master Sains dalam bidang Sains Bahan dan Kejuruteraan di Stanford.

6. Seorang pemegang biasiswa Siebel Scholar semasa membuat Master kedua iaitu MBA dari Wharton. Pemegang biasiswa bernilai USD$35,000 ini dipilih oleh Dekan setiap fakulti berdasarkan pencapaian cemerlang dan kualiti kepimpinan yang bagus.

7. Pekerjaan pertama Pichai ialah di dalam bidang kejuruteraan dan divisyen pengurusan produk di syarikat pembuatan semikonduktor Applied Materials Inc.

8. Kemudian menjadi konsultan pengurusan di McKinsey & Co.

9. Pichai menyertai Google pada tahun 2004 sebagai Pengurus Produk. Tugas pertama adalah menguruskan Google Toolbar dan membangunkan perisian yang membuatkan pengguna dapat melayari carian Google dengan lebih laju berbanding pelayar lain.

10. Mulai 2008, Pichai mula tampil di depan khalayak ramai di pentas Google sehingga dikenali sebagai muka Google.

11. Pichai mengetuai Android dan itu menjadikan dia salah seorang yang berkuasa di dalam bidang teknologi.

Pengumuman Sundar Pichai sebagai CEO Google ini telah dilakukan oleh Page di dalam blognya Google Blog pada 10 Ogos 2015.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram