Bila sebut sahaja Sungei Wang Plaza, pasti akan menggamit memori. Bagi mereka yang membesar atau bersekolah di sekitar Lembah Klang, anda mungkin ada kenangan melepak hujung minggu bersama kawan-kawan di sini.

Kebanyakan remaja yang bersekolah sekitar awal tahun 2000 menjadikan Sungei Wang sebagai pusat untuk mereka mencari barangan peribadi – baju, kasut, aksesori dan pelbagai barangan lagi. Disebabkan itu, tempat ini bukan sekadar pusat membeli belah, tetapi ia sudah menjadi sebahagian diri rakyat Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, Sungei Wang Plaza yang sudah berdiri sejak beberapa dekad yang lalu dan kini kembali dengan wajah yang serba baharu selepas menjalai projek baik pulih besar-besaran yang bermula sejak 2017 lagi.

Dengan rupa ’emas berkilauan’ yang mewakili Beauty & Experiential Mall, Sungei Wang kini bersedia untuk menawarkan pengalaman berbeza buat para pengunjung seperti aktiviti indoor rock-climbing, taman pengembaraan, indoor go kart, muzium minitiatur dan banyak lagi.

The Vocket sempat berkunjung ke majlis pelancaran wajah baharu Sungei Wang Plaza yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia & Sukan, Ng Yih Chen Pengerusi Perbadanan Pengurusan Plaza Sungei Wang dan beberapa tetamu terhormat yang lain. Majlis pelancaran ini meriah apabila diiringi oleh tarian singa yang menjadi sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.

Selain itu, majlis perasmian ini turut memulakan edisi pertama pertandingan Kebudayaan dan Kesenian Piala Tarian Singa Plaza Sungei Wang yang pertama dari 15 hingga 16 Januari 2022  di Pintu Masuk Utama, yang bakal menyaksikan sejumlah 21 persatuan tarian singa terkenal di seluruh negara bersaing untuk merebut gelaran juara.

Sepanjang dua hari berlangsung pertandingan Kebudayaan dan Kesenian Piala Tarian Singa Plaza Sungei Wang. Para peserta berjaya menunjukkan aksi yang sangat mengujakan. Kemenangan nampaknya berpihak kepada pasukan Ching Xing Sports and Cultural Centre, Penang yang membawa pulang hadiah utama iaitu trofi kemenangan dan wang tunai sebanyak RM3,000. Bagi tempat kedua pula, dimenangi oleh Persatuan Tarian Singa Jong Hwa Seberang Prai Penang dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Persatuan Kebudayaan Kepong Hong Teck.

Lebih manis lagi apabila penyampaian hadiah kemenangan untuk pertandingan kali ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Fong Kui Lun Ahli Parlimen Bukit Bintang, Ng Yih Chen Pengerusi Perbadanan Pengurusan Plaza Sungei Wang, Carter Lim Bendahari Perbadanan Pengurusan Plaza Sungei Wang, Leong Lik Tong Pengerusi Persatuan Tarian Singa & Naga Selangor & Wilayah Persekutuan dan beberapa tetamu terhormat yang lain.

Bagi anda yang mempunyai masa terluang hujung minggu ini, Sungei Wang Plaza ingin menjemput anda untuk menikmati detik perayaan ‘The Fantasy of Taiko’ yang bakal menampilkan sambutan menarik sempena Tahun Baru Kawaii 2022 yang bakal dijalankan hingga 20 Februari 2022.

Bertemakan “The Fantasy of Taiko”, ia adalah simbol kepada kuasa, keberanian dan kecenderungan pada Tahun Baru Cina. Dan Sungei Wang Plaza berbesar hati menjadikan Tahun Baru Cina tahun ini berkonsepkan “Kawaii’ yang dipenuhi dengan tanglung Cina Merah, pokok bunga, jongkong emas dan hiasan merah yang meriah. Seekor harimau Kawaii bermain dram besar akan menyambut anda di hadapan pintu masuk utama yang kini sudah diubah suai. Jangan lupa untuk rasai pengalaman baharu di Sungei Wang Plaza.

Untuk anda yang mahu tahu lebih lanjut, boleh terus ke laman web Sungei Wang Plaza di sini. Jangan lupa pula untuk ikuti Sungei Wang Plaza di Tiktok (@sungeiwangplaza), Facebook (Sungei Wang Plaza) dan Instagram (@sungeiwangplaza) dan kongsi detik manis anda di sana.