Siapa tidak mengenali seniman lagenda ini, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang mempunyai pelbagai bakat dari berlakon, mengarah filem, menyanyi dan bermain instrumen muzik. Ini membuatkan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kekal sebagai seniman agung tanah air dan kewujudannya tiada galang ganti sehingga kini.

Selain daripada boleh bernyanyi, berlakon, mengarah filem dan bermain alat muzik, Allahyarham P. Ramlee turut dikurniakan bakat tulisan yang amat berseni dan cantik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tulisan tangan Allahyarhan P. Ramlee telah dimasukkan di dalam sebuah buku meja kopi atau Coffee Table Book yang bertajuk Gemilang 50 Tahun Orkestra RTM sempena ulang tahun penubuhan Orkestra RTM yang ke-50 (1961-2011).

Tulisan Allahyarham ini didedahkan sendiri oleh editor, perunding konsep dan penyelaras buku tersebut di laman Facebook peribadi beliau iaitu Rosli Mohd Nordin.

Antara kandungan buku tersebut ialah surat tempahan tulisan tangan P. Ramlee yang merupakan keterangan tentang undangan beliau kepada ahli Orkestra RTM bagi menjayakan rakaman di King’s Studio, Petaling Jaya.

Berikut merupakan foto-foto tulisan tangan seniman agung itu di dalam buku Gemilang 50 Tahun Orkestra RTM tersebut.

Dapat dilihat penulisan Allahyarham ini sangat cantik dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Wajarlah beliau digelar seniman lagenda sepanjang zaman kerana bakat yang dimilikinya tiada galang ganti walaupun ramai anak seni yang lahir selepasnya.

Lagi artikel menarik berkaitan dengan Allahyarham Tan Sri. P. Ramlee. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

TGV Tayang Semula 5 Filem P.Ramlee Sempena Hari Kemerdekaan

Gesekan Biola Lagu ‘Bujang Lapok’ Oleh Kumpulan Muzik Ini Curi Perhatian Netizen