Jika anda adalah peminat kepada lapan karakter Line Friends yang comel, ini adalah peluang anda untuk memenanginya.

Untuk pengetahuan anda, BT21 telah mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan peminat mereka di seluruh dunia. Sejak dilancarkan pada 2017, KOYA, RJSHOOKY, MANG, CHIMMY, TATA, COOKY, dan VAN telah menjadi kegilaan para remaja.

body5-9×16-h-01-1

Ini juga adalah masa terbaik untuk anda merebut peluang bagi mendapatkan barangan rasmi BT21. Caranya mudah sahaja, beli produk Sunsilk bernilai RM10, kemudian WhatsApp resit pembelian anda ke +601151160488 dan jawab “Kenapa anda suka menggunakan produk Sunsilk?” tidak lebih daripada 15 patah perkataan.

Bagi mereka yang berjaya memenangi BT21, mereka akan dihubungi. Jadi penting buat anda untuk menyimpan resit pembelian bagi tujuan pengesahan kemenangan.

16×9-01

Pertandingan ini akan berlangsung dari 11 Mei sehinggalah 7 Jun ini. Sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan ini atau untuk mendaftarkan diri anda, sila klik di sini.

Selain itu, bagi mereka yang mempunyai kemahuan untuk menambah koleksi barangan BT21, sila tanda kalendar anda pada bulan Julai nanti. Dengar cerita, Sunsilk akan bawakan promosi menarik barangan BT21 dengan lesen eksklusif.

Berikut adalah laporan lain untuk anda, klik pautan di bawah untuk membaca.

Lihat 28 Iklan TV Tempatan Yang Pernah Popular Satu Ketika Dahulu