Jeff Bezos, bekas ketua CEO Amazon bercadangan untuk mencari solusi bagi memanjangkan umur manusia di Bumi. Melalui laporan berita yang dikeluarkan oleh Fox News, Jeff baru sahaja menyuntik dana ke dalam sebuah syarikat anti-penuaan, Altos Lab.

Difahamkan, Altos Lab bertanggungjawab mengembangkan teknologi untuk meremajakan sel dan berpotensi memanjangkan hidup seseorang. Selain itu, kaedah ini juga dikatakan berpotensi besar untuk merawat orang yang mengalami kehilangan penglihatan, kecederaan saraf tunjang, kecederaan otak, dan degenerasi badan yang berkaitan dengan usia.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Penemuan ini disokong oleh ahli biokimia Salk Institute, Juan Carlos Izpisua Belmonte yang kini sudah bergabung dengan Altos Lab. Dalam kajian tahun 2018, Belmonte menyatakannya sebagai ‘ramuan hidup’, penuaan bukanlah proses yang tidak dapat dipulihkan.

Selain Belmonte, jutawan teknologi Rusia, Yuri Milner dan seorang ahli genetik di University of California, Steve Harvath juga kini bekerjasama dengan Altos Lab untuk kajian terbaharu ini.

Jeff difahamkan mempunyai satu obsesi dengan teknologi memanjangkan hayat seseorang manusia. Ini dapat dilihat pada tahun 2020 di mana dia menghantar surat kepada para pemegang saham Amazon sambil memetik kata-kata Richard Dawkins, seorang ahli evolusionis British.

“Mencegah kematian adalah sesuatu yang harus anda kerjakan. Sekiranya makhluk hidup tidak aktif untuk mencegahnya, mereka akhirnya akan bergabung dengan persekitaran mereka dan tidak lagi wujud sebagai makhluk autonomi. Itulah yang berlaku ketika mereka mati,” katanya.

Untuk rekod, projek ‘mencegah’ kematian sebenarnya cukup popular di Silicon Valley, sebuah kawasan di California, Amerika Syarikat, yang dipenuhi dengan syarikat baru yang inovatif dan syarikat teknologi besar. Sebagai contoh, pada tahun 2013, Google melancarkan Calico, sebuah makmal penyelidikan dan pembangunan untuk merawat penuaan.

Orang terkaya di dunia, Jeff Bezos sanggup keluarkan wang sehingga $2 bilion demi merealisasikan impiannya ke bulan. Bagaimanapun, duit yang akan diberikan kepada NASA tersebut hadir dengan syarat. Untuk mengetahui apakah syaratnya, sila klik pautan di bawah.

Jeff Bezos ‘Sogok’ NASA RM8.4 Bilion Demi Impian Ke Bulan

Pembida Ini Sanggup Bayar RM115 Juta Semata-Mata Untuk Ke Angkasa Lepas Bersama Jeff Bezos

Pernah Menjadi Bahan Tawa, Jeff Bezos Buktikan Pelan Ke Angkasa Bukan Sekadar Sembang Kosong

Anda Mungkin Suka