Pelepasan sekumpulan enam jururawat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan ke Sabah beberapa hari lalu mencuri perhatian seluruh negara.Ia apabila upacara penghantaran mereka itu yang diiringi dengan laungan azan dan lambaian daripada rakan sekerja dikongsikan di media-media sosial.

Detik-detik sayu itu dirakam di lobi Kompleks Rawatan Harian, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu pada dua hari lalu sebagai sebahagian daripada usaha bagi membantu dan mengawal pandemik COVID-19 di Sabah ketika ini

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

 

Pelepasan enam jururawat itu menurut Harian Metro adalah sebahagian daripada penghantaran berperingkat yang dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan sejak 23 September lalu yang melibatkan keseluruhan 85 kakitangan.

Mereka dilaporkan akan menaiki kereta sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum mengambil penerbangan terus ke Kota Kinabalu, Sabah.

Kerja satu ibadah

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, laungan azan yang disertakan ketika pelepasan itu dilakukan untuk menyuntik semangat petugas sambil mengingatkan mereka pekerjaan yang dilakukan juga adalah satu ibadah.

“Laungan azan yang dialunkan adalah bagi menyuntik semangat dalam diri mereka dan menganggap tugasan yang diberikan adalah satu ibadah.

“Selepas sebulan, mereka akan digantikan dengan kakitangan lain bergantung kepada keperluan dan sudah ada kakitangan yang pulang iaitu mereka yang berlepas sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah beliau lagi, semua kakitangan yang dihantar akan berada di sana selama sebulan dan dihantar ke beberapa lokasi berbeza termasuk hospital dan pejabat kesihatan bergantung kepada keperluan pihak bertanggungjawab di negeri itu.

“Semua kakitangan JKNK yang dihantar itu akan berada di sana selama sebulan dan diletakkan di beberapa lokasi hospital dan pejabat kesihatan antaranya di Tawau, Labuan dan Semporna bergantung kepada kerajaan sabah.

“Kakitangan yang dihantar membabitkan pakar perubatan, pegawai, penolong pegawai, jururawat termasuk pemandu,” katanya kepada Harian Metro.

Baca juga perkongsian daripada kami mengenai perkembangan semasa COVID-19 dalam dan luar negara melalui pautan di bawah. 

PKPB Di Kuala Lumpur, Selangor Dan Putrajaya Disambung Dua Minggu Lagi

Keluarga Difitnah Dan Dipulau, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Dilayan Bagai Penjenayah Selepas Positif COVID-19

‘Pak Cik Ladja’ Jadi Penyelamat, Kejar Polis Minta Bantuan Makanan Untuk Seluruh Kampung