Untungnya menjadi Siti Nurhaliza apabila ramai orang yang menyokong dan menyayangi penyanyi nombor satu negara ini.

Terbaharu, reaksi lucu netizen yang tampil menyalahkan cermin apabila video ‘wipe it challenge’ Datuk Siti Nurhaliza tidak menjadi.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Wipe it challenge adalah cabaran baharu yang viral di media sosial. Ia memerlukan seseorang mengelap cermin dan akan bertukar dengan penampilan yang berbeza.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Ti, turut melakukan cabaran ini bersama-sama dengan anaknya Aafiyah. Tetapi hasil akhir video tersebut tidak menjadi, malah, netizen tampil menyalahkan cermin.

Sesetengah daripada netizen turut memberi amaran kepada sesiapa yang berani mengkritik video ‘wipe it challenge’ Tok Ti akan menerima kecaman.

Ada juga netizen yang menyatakan hanya Siti Nurhaliza seorang sahaja yang boleh melakukan kesalahan dalam ‘editing’.

Walaupun wipe it challenge Tok Ti tidak menjadi, ia tetap mendapat pujian oleh netizen apabila dia tampil bersama anaknya Aafiyah.

Terdahulu, Siti Nurhaliza tampil mendedahkan maksud di sebalik lagu baharunya. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Dato’ Siti Nurhaliza Dedahkan Maksud Di Sebalik Lagu 7 Nasihat Di Instagram

Tidak Sampai 24 Jam Dilancarkan, Dato’ Siti Nurhaliza Kecewa Karya Barunya Tertiris Di YouTube

Siti Nurhaliza Respon Isu Peminat Pertikai Kemenangan Han Byul Di Big Stage 2019

Anda Mungkin Suka