Sebelum ini beberapa kawasan merah COVID-19 dalam negara telah diumumkan perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Arahan itu dibuat selepas terdapat bilangan kes positif yang tinggi di kawasan mereka dan bagi membendung ia menular keluar dari kawasan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
apmkluang1_1585810469
Agihan makanan yang dilakukan kepada penduduk terjejas di Simpang Renggam (Foto Harian Metro)

Buat anda yang tertanya-tanya bagaimanakah situasi mereka yang berada dalam PKPD ini, mungkin perkongsian yang dilaporkan portal Says ini boleh menjawab curiousity anda selama ini.

Laporan itu memuatkan beberapa kiriman video pendek daripada netizen yang dipercayai berada di bawah arahan PKPD di kawasan masing-masing.

Menyifatkan situasi yang dialami mereka sekarang ini tidak ubah seperti apa yang berlaku dalam filem-filem Hollywood, mereka berkongsi bagaimana pengagihan makanan dilakukan kepada para penduduk yang terkesan.

“Kepada mereka yang tertanya-tanya macam mana dengan bekalan makanan bila kena PKPD, ini adalah situasinya.

“Mereka biasanya akan meletakkan makanan di hadapan rumah dan akan pergi cepat-cepat,” kongsi @fyrasharifudin di Twitter.

https://twitter.com/fyrasharifudin/status/1245175411228602368?s=20

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut sudah mendapat lebih 8,000 retweet serta hampir 6,000 likes dengan rata-rata netizen dilihat terkejut dengan perkongsian yang dibuat itu.

rep

Berbeza dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penduduk yang berada di dalam kawasan ini tidak dibenarkan keluar daripada rumah masing-masing.

Malah makanan juga dibekalkan kepada mereka sepanjang tempoh PKPD ini kerana kedai-kedai juga tidak dibenarkan beroperasi.

Antara kawasan yang dikenakan arahan PKPD adalah Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam dan beberapa perkampungan di Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Baca perkongsian lain kami mengenai situasi semasa COVID-19 dan PKP di sini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

3 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Fasa Kedua PKP Yang Bermula Hari Ini

Man Raja Lawak Derma RM50,000, Jual Kereta Dan Motosikal Demi Bantu Rakyat Malaysia

Bersendirian Tanpa Pelawat, Doktor Ini Kongsi ‘Perjalanan Sunyi’ Pesakit COVID-19