Pada satu ketika dahulu, pasar Wang Kelian yang terletak di Perlis sangat meriah dengan kunjungan pelancong dan penduduk tempatan kerana terdapat pelbagai jenis kedai yang menjual barang-barang rumah dari Thailand seperti periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk dan sebagainya.

Umum mengetahui, pintu sempadan ke Thailand telah dibuka dan pastinya ramai sudah mahu bercuti ke sana serta tidak akan melepaskan peluang untuk ke pasar Wang Kelian ini juga. Terbaharu, seorang pengguna TikTok @youbuybye telah berkongsi suasana di pasar Wang Kelian yang sunyi dan tidak dibuka serta seperti terbengkalai.

@danisy__

Korang Pernah Kesini Tak Suatu Ketika Dulu 😭 #wangkelian #foryou #fyp

♬ original sound – danisy – danisy

Menerusi video tersebut, kelihatan suasana di deretan kedai di bahagian kanan dan kiri yang dulunya meriah dipenuhi pengunjung, kini seolah-olah jadi kedai ‘berhantu’. Malah, hampir semua bangunan kedai di pasar ini ditinggalkan menjadi tempat terbiar dan sunyi sepi.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan perkongsian itu. Malah, ada juga netizen berkongsi memori mereka berkunjung ke pasar Wang Kelian ini sebelum pandemik menyerang dunia.

Akan tetapi, ada juga netizen yang mengatakan pasar itu akan dibuka kembali tidak lama lagi selepas dibaik pulih dan mengharapkan ramai pengunjung akan berkunjung kelak.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa destinasi pelancongan dalam negara yang anda boleh kunjungi pada pautan di bawah ini.

Naik ETS Ke Ipoh, Ini 5 Destinasi Yang Anda Boleh Singgah Untuk ‘Day Trip’

Pengembaraan Dari Kuala Lumpur Ke ‘Negeri Asing’, Ini Apa Yang Saya Belajar Di Sarawak