Perlumbaan Super GT Jepun bakal kembali semula ke Litar Antarabangsa Sepang pada tahun 2020. Kenyataan ini disahkan oleh penganjur acara Haro Sports dan Entertainment.

Menariknya bagi perlumbaan Super GT ini kerana ia akan berlangsung pada waktu malam dan berikutan situasi tersebut, para pelumba perlu lebih berhati-hati dan menggunakan lampu limpah yang telah dipasang pada litar tersebut sebagai garis panduan. Untuk pengetahuan anda, kali terakhir perlumbaan ini berlangsung adalah sekitar lima tahun yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
mb-1280×853
pengerusi GTA perlumbaan Super GT, Masaaki Bandoh

Menurut Masaaki Bandoh, pengerusi GTA perlumbaan Super GT diharap akan memberikan keseronokkan kepada mereka yang melihatnya dan boleh mempromosikan satu sama lain serta menjalin persahabatan antara Malaysia dan Jepun.

Pastinya anda tidak sabar untuk menyaksikan sendiri perlumbaan ini. Sama-sama kita nantikan perlumbaan Super GT ini.