Ini adalah kisah benar dari negara tetangga, Singapura. Zeyrian seorang kanak-kanak yang masih bersekolah tadika dan bakal menyambut hari jadi ke 6 tahun ini.

Oleh kerana tahun ini adalah tahun akhir Zeyrian ke sekolah tadika, Suhaimi dan Julia (ayah dan ibu Zeyrian) ingin berikan hadiah yang paling bermakna buat anak mereka – harijadinya diraikan bersama super hero idola Spiderman.

Untuk menjadikan hadiah istimewa ini satu kenyataan, Suhaimi sanggup melakukan persediaan sejak 6 bulan lalu.

Kita ikuti kisah mereka di bawah.

Saya berjaya menghubungi Julia untuk mendapatkan kisah di balik tabir bagaimana beliau dan suami berjaya merancang the most memorable birthday buat Zeyrian ini.

Menurut Julia ia adalah idea dari suaminya Suhaimi yang ingin menjadikan harijadi terakhir Zeyrian di sekolah tadika sebagai sesuatu yang sangat bermakna.

Ini juga sebenarnya impian Suhaimi sewaktu kecil untuk meraikan harijadi bersama super hero idolanya tetapi tidak kesampaian. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan momen seperti ini menjadi impian setiap kanak-kanak.

Kenapa Spiderman?

Spiderman adalah karakter yang menarik, watak didalam komik yang mudah disukai oleh kanak-kanak dan topeng yang menutup seluruh muka memudahkan Suhaimi menyamar sebagai super hero.

Suami saya merancang keseluruhan konsep untuk 1 Hari Bersama Spiderman ini. Untuk menjadikan watak ini kelihatan hidup, suami saya perlu berlakon seperti dalam salah satu babak di TV sewaktu muncul di majlis sambutan hari jadi Zeyrian di kelasnya. Babak ini dilakukan agar ia nampak macam sambungan dari kisah dalam TV.

Suami saya juga telah mengambil inisiatif untuk bersenam selama 6 bulan sebelum hari jadi Zeyrian agar susuk badannya nampak macam Spiderman, kecuali part melompat dari bangunan ke bangunan lain tu memang tak boleh buat lah..hehe.

Dari segi rakaman video pula, menurut Julia ia dilakukan oleh beliau dan adik iparnya dengan menggunakan iPhone dan kamera DSLR.

Ditanya bagaimana perasaan beliau dan suami bila segala yang dirancang berjalan dengan baik, ini jawapan Julia;

Ia sangat luar biasa dan menakjubkan. Rasa terharu sangat bila Zeyrian betul-betul percaya Spidey yang habiskan sepanjang hari dengan dia tu adalah Spiderman sebenar. Dan dia boleh berkongsi dengan Spidey perkara peribadi dan hal-hal baik mengenai keluarga kami dari pandangannya.

Sebelum hari itu berakhir, kami tersentuh hati bila Zeyrian katakan dia faham kenapa ayahnya perlu bekerja dan ayahnya juga seorang hero. Ia adalah ucapan secara spontan oleh anak kami tanpa di ajar oleh sesiapa.

Sewaktu Zeyrian dan super heronya habiskan masa diluar pula, orang ramai yang melihat tersenyum dan ini adalah satu pengalaman yang baik untuk kami.

Julia juga turut bercerita tentang saat yang agak kelakar bila Spidey terpaksa buat suara seperti Batman sebab Zeyrian mahukan Spidey bercakap.

Jika suami saya keluarkan suara sebenar dia terbongkar lah rahsia! Jadi suami saya perlu jadi 2 super hero dalam 1!

Buat ibu bapa diluar sana,  Julia sempat berpesan;

Setiap ibu bapa adalah istimewa dengan cara mereka sendiri. Super hero sebenar bukanlah wajah disebalik topeng, tapi ibu bapa yang memberikan kasih sayang tanpa batasan buat anak-anak mereka. Super hero sebenar juga bukanlah ibu bapa yang mempunyai segala yang terbaik, tetapi ibu bapa yang cuba memberikan yang terbaik dengan apa yang mereka ada.

BACA: Kisah Sebuah Banglo Impian Dengan Tiang Tinggi Dibina Oleh Seorang Ayah Dengan Tangannya Sendiri

BACA juga: Air Mata Anda Akan Keluar Saat Pasangan Temujanji Pertama Lelaki Ini Membuka Pintu

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group