Jenama Honda tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia kerana kualiti dan performance jentera binaannya yang mempunyai reputasi tinggi. Seperti yang anda tahu, kereta buatan Honda menjadi pilihan kerana hasil buatannya yang kontemporari, berdurasi tinggi dan yang penting harganya boleh dikira mampu milik oleh orang awam.

Tapi tidak untuk jentera ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

CB2

Ini adalah jentera super eksklusif Honda, RC213V-S. Anda bayangkan ia sama seperti superbike lain di jalanan? Kalau ya, tanggapan anda salah kerana jentera ini merupakan superbike perlumbaan MotoGP yang sebenar. Yang membezakannya ialah, ia dipasang lampu hadapan, cermin sisi dan nombor plat.

Jika anda inginkannya, Honda Racing Corporation (HRC) menetapkan harga RC213V-S ini bergantung kepada kawasan pasarannya. Pasaran Amerika bernilai USD$184,000, €188,000 bagi pasaran Eropah, di Australia sekitar AUD$244,000 dan di Jepun sendiri ia berharga ¥21,900,000.

Jangan risau, kami telah convertkan nilai matawang Ringgit Malaysia semasa seperti gambar di bawah.

Currency

Currency2

Currency3

Di Malaysia, anda mampu miliki sebuah rumah yang sangat selesa dengan harga ini.
Di Malaysia, anda mampu miliki sebuah rumah yang sangat selesa dengan harga ini.

BACA: Honda C70 Yang Diberi Nafas Baru. Memang Mengancam

RC213V-S telah dipertontonkan sebagai jentera prototype pada EICMA 2014 dan pada 2015 Honda membuat pengumuman rasmi tentang pembuatan jentera hebat ini.

CB3

 

A pure MotoGP weapon with only minimal changes for a street application.

Sebuah senjata MotoGP yang asli dengan perubahan yang menima untuk kegunaan jalanan. Jentera ini menyerupai RC213V yang ditunggang oleh Marc Marquez yang telah menjuarai dua kali kejohanan MotoGP dunia.

Ini bermakna, RC213V-S merupakan jentera yang sangat hampir dengan superbike yang digunakan di dalam MotoGP di mana ia mempunyai kelajuan yang dahsyat serta teknologi yang tinggi dan hanya penunggang daredevils sahaja sesuai untuk menunggangnya.

CB4

CB5

Dipasang secara handmade di sebuah kilang terletak di Kumamoto, Jepun, RC213V-S ini dikuasakan oleh enjin berkapasiti 999cc V4 dengan titanium rod yang menghubungkan sand-cast aluminum crankcase. Fairingnya dibuat dengan carbon fiber yang sangat ringan. Komponen lain seperti swingarm, slipper clutch dan brek yang semestinya daripada Brembo semuanya sama seperti yang dipasang di dalam MotoGP.

CB16

CB14

Ia juga merupakan motor berteknologi tinggi yang datangnya daripada ASIMO robot Honda. Untuk sistem elektronik, terdapat lima mod tunggangan, traction control system, engine braking control, quickshifter dan inertial measurement unit (IMU). Seperti mesin MotoGP, tangki bahan apinya terletak di bawah tempat duduk penunggang dan untuk ekzosnya juga mempunyai identiti yang sama cuma dipasang silencer yang lebih besar.

CB15

BACA: Lihat Bagaimana Skuter Elektrik Ini Boleh Dilipat Dan Dibimbit Dengan Tangan

Hadir dengan dua warna, Tricolor (merah, biru dan putih) dan Unpainted CFRP type (Carbon) yang pastinya sangat memikat.

CB6

CB7

CB17

CB18

HRC hanya menerima tempahan untuk membuat superbike ini di laman webnya sahaja semenjak Julai 2015. Untuk pengetahuan anda, terdapat 220 permohonan untuk memiliki motor yang awesome ini dan HRC telah menutup tempahan 31 Disember 2015 yang lalu.

Untuk rekod, HRC telah membuat penghantaran RC213V-S yang pertamanya kepada John Brown, seorang pengedar rasmi Honda di Manchester, England. Jentera itu telah dihantar kepadanya pada petang sebelum Hari Krismas dan RC213V-S tersebut menambah lagi koleksi peribadi Honda beliau termasuklah RC30, SP-1, SP-2, CBR900RR Fireblade dan VF1000F.

CB20

Brown berkata “Sebaik sahaja ia mula dijual, saya terus membuka laman web HRC dan menempahnya, dan apabila saya mendapat panggilan daripada Honda mengatakan pesanan saya sudah diterima, itu merupakan hari paling istimewa buat saya”.

RC213V-S first customer handover (5)

RC213V-S first customer handover (4)

RC213V-S first customer handover (9)

HRC mengatakan mereka akan terus memulakan operasi mengedar RC213V-S pada tahun 2016. Mungkin agak mustahil, tapi kalau anda nampak motor ini di jalanan Malaysia, ambil gambar dan share dengan kami ya.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram