Wow, nampaknya negara Singapura sudah bersedia untuk melangkah ke alam dunia permotoran kereta elektrik. Vanda Electric mengeluarkan set gambar ini di mana supercar ini dikatakan mempunyai kuasa 1500hp dan mampu pergi dari 0-100km dalam masa 2.6 saat! Model Dendrobium (dinamakan sempena sejenis bunga orkid) ini boleh menandingi supercar yang sedia ada tetapi dengan satu kelebihan- ianya tidak mencemarkan udara. Laju dan tidak mencemarkan udara. Ini awesome namanya.

Vanda Electric mungkin syarikat yang baru dan tidak ternama tetapi Williams Advance Engineering tidak peduli tentang perkara itu. Williams Advance Engineering sudah menyediakan dana USD10 juta untuk Vanda Electric mengeluarkan prototype pertama Dendrobium, kemungkinan besar akan membuat penampilan sulung pada Geneva Motor Show tahun 2017.

pandelela241017
HYPE
Penerjun Negara Kongsi Perasaan Mewakili Malaysia Di Sukan Antarabangsa
Baca lagi →

Dendrobium dikatakan boleh mencecah top speed sehingga 400 km/j. Laju sangat tu. Tetapi itulah yang dijanjikan oleh Vanda Electic. Tiada spesifikasi atau harga untuk kereta ini buat masa ini. Tetapi menurut sumber ianya hanya akan dihasilkan sebanyak 10 unit sahaja. Jika Dendrobium ini berjaya dihasilkan, Elon Musk mesti tak senang duduk.

P/S : TMJ dan Sultan Hassanal Bolkiah mungkin berminat untuk menambah supercar ini dalam koleksi mereka.

Anda Mungkin Suka