Daripada laman web Carlist.com, BMW melancarkan Supercar atau kereta berprestasi tinggi dengan enjin Hybrid yang pertama seumpamanya di Malaysia.

BMW i8 2015 adalah antara model dalam divisyen BMW i, dengan rekaan dua pintu dan merupakan model kedua daripada jenisnya, selepas BMW i3. Harga bagi kereta ini ialah RM 1,188,880.00

Kuasa i8 ini adalah daripada motor elektrik 131hp dengan pemanduan ‘two-wheels’. Yang paling hebat, kereta ini mencapai kelajuan daripada 0 ke 100km/jam dalam masa 4.4 saat! Namun kelajuannya terhad sehingga 250km/j sahaja. Oleh sebab supercar ini menggunakan teknologi enjin hybrid, ia mempunyai bacaan penggunaan minyak sebanyak 2.1 liter/ 100km.

Supercar i8 ini mendapatkan kuasa hebatnya melalui kombinasi enjin turbo 1.5 liter tiga-silinder BMW Twinpower menghasilkan kuasa sebanyak 231hp.

Pembeli kereta ini akan mendapat waranti 3 tahun atau perjalanan 100,000km yang mana terdahulu dan yang menariknya mereka juga akan diberikan stesen pengecas yang akan dipasang oleh juruteknik BMW. Bagi bateri pula, waranti selama 8 tahun akan diberikan oleh pihak BMW.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram