Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Muscle yang anda nampak pada pelakon Hollywood bukan dibina dalam satu hari. Terutamanya untuk filem genre superheroes seperti Superman, Captain America, Avengers dan lain-lain memerlukan diet dan latihan yang ketat supaya mereka dapat membentuk badan ideal untuk setiap watak.

Dua staf BuzzFeed, Kelsey dan Evans mencabar diri mereka untuk melihat jika latihan sebulan cukup untuk memberi impak kepada bentuk mereka. Di sini datangnya Steve Zim. Beliau adalah pemilik gym A Tighter U dan insan yang melatih Chris Evans untuk mendapat susuk tubuh menawan untuk watak Captain America.

Jadi apa yang mereka perlu buat dalam masa 4 minggu ini? Mereka perlu pergi ke gym 5 kali seminggu, dengan satu jam latihan berat dan 20-40 minit latihan cardio. Tidak terkecuali pemakanan mereka juga perlu dicatu dan hanya dibolehkan makan makanan tinggi protein dan no fast food!

Jadi berkesankan sebulan mereka berlatih dan berdiet? Jawapannya ya! Kelsey dan Evans berjaya membentuk badan mereka lebih baik dari sebulan yang lalu. Otot mereka lebih cantik dan kelihatan dan yang lebih penting fat percentage dalam badan mereka juga semakin berkurangan!

Jadi jika anda ingin kuruskan badan, tak perlu ambil ubat kurus semua ini. Baik anda pergi ke gym dan bina badan anda sendiri. Lagi puas hati dengan kesannya nanti. Sebelum itu, mari tengok video latihan dan perubahan Kelsey dan Evans pada diri mereka. Mereka sudah, anda bila lagi? Lets go get that Dorrito ratio!

Anda Mungkin Suka