Masih belum terlambat rasanya untuk kami ucapkan selamat hari ibu buat semua ibu di luar sana. Hari ini merupakan hari penghargaan buat anda semua yang bergelar ibu.

Sama ada anda menyambut atau tidak hari ibu pada hari ini, Lazada pada hari ini turut mengadakan beberapa promosi istimewa khusus buat barangan yang sesuai diberikan buat kaum ibu.

Bagi memudahkan ‘kerja survey’ anda, kami turut menyenaraikan 7 barangan berbaloi anda dapatkan sempena kempen promosi SUPERMOM yang dilakukan Lazada. Berikut merupakan antara barangan yang ditawarkan.

1. Chia seed (200 gram) 

Kami mulakan cadangan kami dengan makanan kesihatan yang sangat kerap dibincangkan di media sosial ketika ini. Mengapa chia seed? Chia seed sebenarnya merupakan makanan tambahan yang sangat baik dan sesuai diambil oleh ibu anda.

Pelambatkan proses penuaan, mencantikkan kulit serta mengurangkan kedutan dan membantu penghadaman antara kelebihan mengamalkan chia seed. Dengan penawaran pack 200 gram ini, kami yakin anda juga boleh berkongsi bersama ibu anda bersama. Anda boleh klik di sini untuk dapatkan chia seed ini.

Oh ya, chia seed juga sangat sesuai buat mereka yang ingin mengurangkan berat badan dan sesuai dijadikan makanan diet yang baik.

Sesuai dijadikan hadiah kepada ibu muda atau anda yang mempunyai anak kecil, hand blender yang hadir dengan rekaan yang sangat mudah digunakan dan ringan ini antara yang anda boleh dapatkan.

Dengan rekaan yang mudah digunakan ini, kami yakin ini barangan yang anda perlukan sekiranya anda mahu sediakan baby food dengan mudah. Tidak perlu lagi menggunakan set blender yang besar untuk menghasilkan makanan dalam kuantiti yang kecil. Nak basuh pun senang. Klik di sini untuk dapatkan hand blender ini dengan harga promosi.

3. I-ROVA Robot Vacuum Cleaner K6  

Mendapatkan iRobot Roomba dengan harga mencecah RM4 ribu ringgit mungkin terlalu mahal buat sebuah unit untuk membersih rumah. Dalam pada itu, sekiranya anda ingin mencuba bagaimana robot vacumm ini berfungsi membersihkan rumah anda dengan harga berpatutan, anda boleh dapatkannya dengan harga tidak sampai RM250.

Difahamkan robot ini akan bergerak pada di lantai termasuk kapet anda dan membersihkan segala debu yang berada di lantai. Nak tahu apa lagi best? robot ini turut hadir dengan fungsi mop dengan penyertaan kain di bahagian bawah membolehkan segala habuk dapat diperangkap dengan cemerlang. Anda boleh dapatkan robot I-ROVA ini di sini.

4. Midea Vacuum Cleaner

Sekiranya anda atau ibu anda seorang yang lebih berpuas hati dengan kerja tangan sendiri, Midea Vacuum Cleaner ini antara yang boleh cadangkan. Apa yang membezakan produk ini berbanding vacumm cleaner yang lain adalah saiznya yang sangat praktikal.

Kebolehan untuk masuk ke ruang-ruang yang kecil dan sempit antara punca utama ramai daripada pembeli mendapatkan produk ini. Berdasarkan bacaan kami di Lazada, ramai pengguna yang sangat berpuas hati dengan barangan yang ditawarkan dengan harga RM75 sahaja ketika ini. Klik di sini untuk mengetahui review daripada pada pembeli Midea Vacuum Cleaner.

5. NESCAFÉ Gold Barista Machine

Adakah anda atau ibu anda peminat kopi? Jika ya, ini mungkin mesin yang anda boleh dapatkan ketika ini dengan penawaran harga promosi. Hadir dengan 5 mood utama serta beberapa buku resipi, anda sebenarnya boleh membuat lebih daripada 7 jenis hidangan berbeza dengan hanya menggunakan mesin ini.

Cukup dengan hanya menekan butang yang tersedia, segelas americano anda bakal siap dalam beberapa saat. Bukan setakat itu sahaja, Gold Barista Machine ini turut didatangkan dengan sebuah balang besar Nescafe Gold 200 gram serta paket Nescafe Gold 370 gram. Mahu lebih diskaun? ikuti link ini dan masukkan kod diskaun yang tersedia untuk pengurangan sebanyak RM25.

Baca lagi: 5 Jenis Kopi Ini Boleh Anda Nikmati Dengan Semudah Petik Jari Saja

6. Dessini Double Sided Fry Pan

Kata orang tak lengkap rumah kalau tak ada double sided fry pan atau lebih dikenali dengan nama pemanggang ajaib. Nak masuk apa pun mudah kalau dah ada pemanggang ajaib ini. Dari masakan bergoreng sehinggaHadir dengan material yang baik serta saiz yang besar, ini mungkin apa yang diperlukan oleh anda atau ibu anda untuk tugas memasak seharian. Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai saiz pemanggang Dessini ini.

Kata orang tak lengkap rumah kalau tak ada double sided fry pan atau lebih dikenali dengan nama pemanggang ajaib. Nak masuk apa pun mudah kalau dah ada pemanggang ajaib ini. Semuanya tersedia di internet.

Hadir dengan material yang baik serta saiz yang besar, ini mungkin apa yang diperlukan oleh anda atau ibu anda untuk tugas memasak seharian. Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai saiz pemanggang Dessini ini.

7. Russell Taylors Air Fryer AF-14

Sebuah lagi perkakas dapur yang anda boleh hadiahkan pada ibu anda adalah air fryer. Barangan ini yang sebelum ini ditawarkan dengan harga yang mahal kini cuma dijual dengan harga RM219 ketika ini.

Sebuah lagi perkakas dapur yang anda boleh hadiahkan pada ibu anda adalah air fryer. Air fryer yang sebelum ini ditawarkan dengan harga yang mahal kini cuma dijual dengan harga RM219 ketika ini.

Penawaran fungsi time and temperature control serta kebolehan untuk memasak tanpa minyak mungkin antara yang turut diperlukan buat mereka yang ingin diet. Jenama tempatan ini turut menerima pujian ramai berdasarkan air fryer keluarannya. Anda boleh ikuti testimoni pengguna air fryer ini di sini.