Buat anda yang sedang mencari tempat untuk membawa anak-anak anda bersiar-siar dalam masa yang singkat, tempat aktiviti tertutup SuperPark yang bakal dibuka ini pastinya menjadi pilihan anda tidak lama lagi. Tempat aktiviti tertutup yang menawarkan pelbagai aktiviti ini bakal dibuka seawal Disember ini di Avenue K, Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan anda, SuperPark ini berasal dari Finland dan kini pusat aktiviti tertutup ini telah mempunyai lebih daripada 18 taman aktiviti di seluruh dunia termasuk Hong Kong, Singapura, dan kini di Malaysia. Taneli Sutinen yang merupakan pengasas kepada taman permainan ini mendapat idea untuk membuka SuperPark ketika bermain bersama anak perempuannya yang berumur empat tahun di sebuah taman permainan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

PIT_0576-768×512

Menariknya SuperPark ini, terdapat pelbagai aktiviti yang pastinya akan mengisi masa terluang anda dengan penuh bermakna. Aktiviti yang terdapat dalam taman permainan terbahagi kepada 3 tema, iaitu adventure area, game arena, dan freestyle hall.

028_superpark_espoo_8-2017_low_res

Bagi adventure area, aktiviti yang terdapat dalam taman tersebut adalah seperti flying fox, tube slide dan banyak lagi. Manakala game arena, permainan yang tersedia adalah seperti baseball, street basketball dan banyak lagi. Untuk freestyle hall pula, climbing wall, trampolin dan banyak lagi.

SPHK_ACW_12-768×512

SuperPark ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 9 malam kecuali pada hari minggu manakala pada musim cuti sekolah pula tempat ini dibuka seawal jam 9 pagi hingga 9 malam. Harga tiket masuk bermula dari RM30 dan untuk makluman lanjut anda boleh layari laman web ini. Apa lagi, inilah tempat yang mungkin menjadi pilihan untuk anda bersama anak-anak anda dapat luangkan masa bersama.