Apa yang akan terjadi apabila dua model paling terkenal adidas digabungkan menjadi satu? Maka terhasillah model baharu Superstan ini.

Selepas 50 tahun, model terkemuka adidas Superstar melalui proses transformasi untuk bergabung dengan satu lagi model ikonik adidas, Stan Smith. Lebih mudah, ia adalah model Stan Smith dengan ‘Shelltoe’ di bahagian hadapan dan tulisan Superstan di bahagian belakang.

superstan
adidas Superstan

adidas turut melancarkan video khas dengan Stan Smith sendiri muncul untuk iklan Superstan ini. adidas Superstan akan dilancarkan di seluruh dunia pada 1 Februari ini dengan harga USD120 (~RM490). Dengan harga ini, pastinya model ini akan diperbuat daripada material yang lebih premium.

Kolaborasi antara Beyonce dan adidas yang dihasilkan baru-baru ini nampaknya menjadi bahan jenaka apabila ia disamakan dengan pakaian seragam pasaraya di Britain. Baca tentangnya lagi di sini.

Beyonce Dan Adidas Kena ‘Troll’ Selepas Keluarkan Baju Yang Sama Dengan Pakaian Seragam Sebuah Pasaraya

adidas Malaysia Mula Jual Sandal Adilette BOOST Yang Dijamin Selesa

Imej adidas UltraBOOST 20 x James Bond ‘007’ Tertiris