Competition antara jenama sukan ternama dunia semakin hebat sekarang ini. Produk mereka juga perlu menggunakan kain yang berkualiti tinggi. Shenzhou International adalah antara pengeluar kain dan fabrik terbesar di China yang menjadi supplier untuk jenama-jenama seperti Nike, Adidas, Uniqlo, Champion dan Puma.

Chairman untuk Shenzhou International, Ma Jianrong kini mempunyai kekayaan USD4.3 billion. Beliau bermula sebagai pekerja kilang tetapi kini berjaya membina empayar garmen di China.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Material terpenting yang dikeluarkan oleh Shenzhou International ketika ini adalah knit. Kalau anda sneakerheads, anda pasti tahu Nike, Adidas dan Puma kini menjadikan kain knit material untuk pembuatan kasut terkenal mereka seperti model UltraBoost (Adidas), Flyknit (Nike) Ignite evoKnit(Puma).

Adidas 'Ultra Boost'
Adidas ‘Ultra Boost’
Nike 'Flyknit' Racer
Nike ‘Flyknit’ Racer
Puma Ignite evoKnit
Puma Ignite evoKnit

Shenzhou International kini menjadi pembekal pakaian dan fabrik untuk jenama-jenama ini dengan peratus yang tinggi; Nike (12%), Adidas (12%), Uniqlo (14%) dan Puma (30%).

Dengan 4 jenama ini akan mengembangkan lagi penggunakan material knit dalam pembuatan produk mereka di masa akan datang, semestinya bisnes Shenzhou International ini akan lebih maju. Jadi jika anda mahukan kain sepertimana yang digunakan oleh syarikat-syarikat besar ini untuk produk anda, anda boleh ke China dan cari syarikat ini atau anda boleh ke laman rasmi Shenzhou International di sini.