Sejak sekian lama jenama streetwear kegilaan ramai Supreme berkolaborasi bersama jenama-jenama mewah, ramai yang menantikan bagaimana agaknya sekiranya Supreme berkolaborasi menghasilkan telefon.

Segalanya terjawab pada hari ini apabila Supreme memilih bukannya Apple atau Samsung sebaliknya jenama BLU sebagai jenama untuk mereka berkoborasi. Seperti yang dapat anda lihat model ini bukanlah model telefon pintar Android mahupun iOS serta hadir dengan keypad.

https___hypebeast.com_image_2019_08_supreme-fall-winter-2019-accessories-171

Wallpaper Supreme serta casing telefon ini yang hadir dengan warna merah dan hitam sekaligus berjaya memperlihatkan ‘status’ telefon ini. Turut hadir bersama Drop Supreme pada kali ini adalah pemetik api dan Honda CRF 250R. Koleksi terbaru ini dijangka bakal berada di Supreme Store pada 22 Ogos manakala untuk pembelian atas talian bermula daripada 26 Ogos.