Awal minggu lalu kecoh dunia streetwear dan industri telefon pintar apabila dua jenama besar iaitu Supreme dan Samsung telah mengumumkan kolaborasi sempena pelancaran Samsung Galaxy A8 di China.

Kolaborasi ini walaubagaimanapun lebih mengejutkan ramai apabila Samsung secara sengaja telah memilih Supreme Italia yang merupakan jenama Supreme yang palsu dan bukannya Supreme NYC.

samsungsupreme-tong
Sumber: NSSMag

Sekiranya sebelum ini pihak Samsung mengumumkan kerjasama yang dibuat oleh Supreme Italia adalah bertujuan bagi mensasarkan kepada pasaran China yang lebih cenderung mendapatkan Supreme Italia berbanding Supreme NYC, pada kali ini Supreme Italia turut mengeluarkan kenyataan rasmi.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Supreme Italia turut mengesahkan kerjasama bersama Samsung serta mengharapkan kerjasama yang dibuat ini bakal bertahan dalam jangka masa yang panjang. Difahamkan pihak Supreme Italia sedang dalam proses dalam melancarkan butik Supreme Italia dengan ketinggian tujuh tingkat di China.

Sumber