Supreme melalui peguam mereka mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa butik Supreme Italia yang akan dibuka di China adalah palsu dan bukan salah satu butik rasmi mereka.

Butik berkenaan masih belum dibuka secara rasmi tetapi pengurusan Supreme Italia telah menjemput beberapa bloggers untuk membuat liputan terhadap butik berkenaan yang akan dibuka. Lebih menyedihkan, mereka turut mengupah ‘pelakon’ untuk menjadi pelanggan mereka sewaktu majlis berkenaan.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Terdapat rakaman di dalam butik Supreme Italia Shanghai yang menunjukkan kedai organisasi palsu tersebut yang terletak berhampiran beberapa jenama antarabangsa termasuk Nike, adidas dan Uniqlo di lokasi membeli belah popular Huai Hai Zong Lu dengan rakaman video orang yang sedang beratur di luar.

hiraethman_52147132_843125212696161_491588370026234298_n

hiraethman_54446502_287454245503015_5307864751118821565_n

Setakat ini, Supreme Italia tidak mempunyai hak untuk beroperasi di Itali disebabkan oleh Perintah Kehakiman 2017 yang melarang sebarang pengiklanan, pengilangan atau penjualan produk dengan tanda dagangan Supreme, Supreme Itali atau Supreme Spain.

hiraethman_53859479_243615536592049_3542846630843076910_n

Peguam Supreme akan bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang tempatan di China untuk menguatkuasakan hak cap dagangnya di China. Buat masa ini, Supreme Italia Shanghai tetap akan beroperasi tidak lama lagi. Jadi anda yang ke Shanghai, jangan tertipu dengan butik palsu ini walaupun ianya setinggi 3 tingkat.

Anda Mungkin Suka