Supreme sentiasa akan menghasilkan kolaborasi yang mengejutkan peminat setiap tahun. Selepas Oreo, Supreme memilih jenama kereta mewah Automobili Lamborghini untuk satu koleksi bersama yang menampilkan jacket, jersi hoki, baju t-shirt, skateboards dan coverall.

Pemilihan warna untuk koleksi ini juga meriah kerana menggunakan warna ikonik kereta Lamborghini seperti Diablo, Murciélago and Aventador. Koleksi ini juga hanya dijual secara atas talian 11 malam semalam dan seperti biasa, sold out dalam masa beberapa minit sahaja.

Supreme Lambo 5

Supreme Lambo 1

Supreme Lambo 2

Supreme Lambo 3

Supreme Lambo 4

Semua butik Supreme di Amerika Syarikat dan Eropah ditutup kerana COVID-19 tetapi sekiranya anda berminat untuk mendapatkan koleksi Supreme x Automobili Lamborghini ini, masih tidak terlambat kerana ia masih akan dijual di butik fizikal Supreme di Jepun Sabtu ini.

Buat anda yang tidak tahu, Supreme melancarkan koleksi baharunya setiap hari Khamis di seluruh dunia dan khas di Jepun, setiap hari Sabtu. Jika anda tidak mampu memiliki kereta Lamborghini, dapat koleksi ini pun sudah memadai.

Lamborghini baru-baru ini mengumumkan kilang kereta mereka turut akan menghasilkan topeng muka bagi membantu menangani masalah kekurangan topeng muka di Itali. Baca lagi pada pautan di bawah.

Lamborghini Hasilkan ‘Face Mask’ Untuk Tangani COVID-19 Di Itali

Mengapa Barangan Supreme Sangat Mahal Dan Sentiasa ‘Sold Out’

8 Tip Untuk Membeli Barangan Laku Keras ‘Supreme’ Di Negara Jepun