Semalam Supreme secara mengejut mengumumkan akan menghasilkan satu rekaan baju Box Logo edisi khas untuk membantu Amerika Syarikat memerangi COVID-19.

Supreme Relief Box Logo T-Shirt ini akan mempamerkan karya artis legenda Takashi Murakami menghiasi Box Logo berkenaan. Ini bukan kali pertama Supreme menghasilkan baju khas untuk good cause. Ketika tsunami melanda Jepun pada tahun 2011, Supreme turut menghasilkan Japan Relief Box Logo T-Shirt khas untuk bencana yang melanda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

100 peratus keuntungan daripada penjualan Supreme Relief Box Logo T-Shirt ini akan didermakan buat HELP USA. Baju ini cuma akan dijual secara atas talian untuk penduduk di Amerika Syarikat dan Canada sahaja pada 24 April 2020 di laman rasmi Supreme New York.

Ia akan dijual pada harga USD60 (~RM263). Disebabkan ini merupakan rekaan Box Logo paling cantik pernah dihasilkan oleh Supreme, ramai collector Supreme dari seluruh dunia tidak mahu terlepas untuk memilikinya. Tidak mustahil model ini bakal dijual semula oleh reseller pada harga ribuan dan mungkin mencecah belasan ribu ringgit.

Penyampai radio Radin dua hari lalu sanggup melelong koleksi Yeezy kesayangan beliau untuk mengutip dana bagi membantu insan yang memerlukan. Baca lagi pada pautan di bawah.

Radin Mahu Lelong Yeezy Untuk Kutip Dana Bantu ‘Frontliners’ Dan Insan Yang Memerlukan

Klasik Dan Elegan, Dapatkan Koleksi Edisi Terhad Lofarclutch Oleh Sometime by Asian Designers

Vans Umum Koleksi Global Khas Bersama Artis Dari Kuala Pilah, Kide Baharudin