Februari lalu, Supreme telah memperlihatkan koleksi musim Bunga/Panas 2019 dan para peminat tegar jenama ini boleh melihat apa yang bakal dilancarkan oleh Supreme setiap minggu.

Antara yang paling menarik perhatian ramai adalah kolaborasi rasmi pertama antara Supreme x Hot Wheels. Ramai yang tertanya-tanya bila ianya akan dilancarkan oleh Supreme dan menerusi laman Instagram SupremeCommunity, ianya telah disahkan model Fleet Flyer ini akan dilancarkan pada hari esok (18 April 2019) di cawangan Supreme seluruh dunia dan atas talian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keunikan model ini berbanding model Hot Wheels biasa adalah akan tertera plat nombor khas pada model Fleet Flyer dan BMW M3 1992 disamping penggunaan logo Hot Wheels era 90an pada packaging Supreme x Hot Wheels ini.

Harga pasarannya masih tidak diumumkan tetapi yang pasti, model ini pasti laku keras dan menjadi rebutan peminat Supreme dan juga Hot Wheels. Buat anda yang ada di Jepun, anda boleh cuba untuk beratur pada hari Sabtu nanti. Selamat berjaya.