Kolaborasi ini bagaikan ‘hadiah’ bagi peminat Supreme kerana selepas ini anda bolehlah melancong dengan penuh gaya sambil ditemani oleh bagasi Supreme x RIMOWA. Kolaborasi dengan syarikat pembuat bagasi premium dari Jerman itu pastinya akan menjanjikan produk tersebut tampak eksklusif dan berkualiti.

Supreme baru-baru ini memuat naik video di laman sosial Instagram mengenai bagasi tersebut menunjukkan kualiti yang mungkin tidak dapat disangkal lebih-lebih lagi pada sturuktur rekaan bagasi dan roda pada bagasi tersebut. Jika benar seperti yang digambarkan dalam video maka amat berbaloilah bagasi tersebut untuk dimiliki.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut @supcommunity bagasi tersebut akan mula terjual pada 12 April ini. Bagi peminat dua jenama ini mungkin anda boleh mula menabung untuk dapatkan bagasi tersebut apabila dilancarkan nanti.