Pada Februari lepas, Supreme telah mengumumkan kolabrasi mereka bersama syarikat permainan arked iaitu Stern untuk mengeluarkan mesin permainan pinball sempena koleksi keluaran musim bunga dan musim panas 2018.

Syarikat Stern merupakan satu-satunya syarikat yang wujud di dunia yang menghasilkan mesin permainan pinball. Mereka juga selalu dikenali sebagai syarikat yang selalu menghasilkan mesin pinball edisi terhad dan pop culture seperti Star Wars dan filem Marvel. Untuk kali ini Stern menampilkan logo Supreme pada logo kotak dan LED point Display.

Mesin permainan pinball edisi terhad Supreme ini akan dijual secara rasmi pada minggu ini. Harga untuk mesin ini mungkin melebihi $11000 (RM 43783.30). Ada yang berminat?

supreme-stern-pinball-machine-2

supreme-stern-pinball-machine-3

supreme-stern-pinball-machine-4