Supreme sekali lagi kembali berkolabrasi dengan jenama terkenal untuk aktiviti lasak The North Face hanya beberapa bulan selepas pengumuman koleksi musim bunga 2018 ‘Metallic’.

Seperti rekaan Supreme x The North Face kapsul sebelum ini, keluaran edisi terhad ini bakal didatangkan dengan warna hijau dan hitam, dengan cetakan kulit ular penuh pada rekaan jaket, seluar,beg duffle,topi bucket, beg galas dan khemah The North Face’s taped-seam Stormbreak 3.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Koleksi Supreme x The North Face ‘Snake-Print’ ini bakal dijual di laman web mereka dan outlet NY, Brooklyn, LA, London dan Paris pada 7 Jun ini manakala Jepun pada 9 Jun. Supreme juga turut menyenaraikan harga untuk barangan setiap keluaran edisi terhad ini.

Taped Seam Coaches Jacket: $258 (RM 1025.16+-)
Taped Seam Pant: $188 (RM 747+-)
Flyweight Duffle Bag: $138 (RM 548.34+-)
Lightweight Day Pack: $128 (RM 508.61+-)
Reversible Crusher: $58 (RM 230.46+-)
Taped Seam Stormbreak 3 Tent: $328 (RM 1303.31+-)

supreme-snake-north-face-01-800×1200

supreme-snake-north-face-02-800×1200

supreme-snake-northface-03

supreme-the-northface-0-1

supreme-the-northface-1-1